Wednesday, November 3, 2010

Andai dapat ku undur waktu


Tiba-tiba mahu bercerita. Saya kenal dia di bangku sekolah. (bukan bangku sahaja, tapi dalam keseluruhan kawasan sekolah).
Saya sedar kami bukanlah macam pasangan lain yang bercinta selepas nikah.
Yang berjumpa di majlis ilmu. Yang lebih diberkati caranya. Yang lebih tepat jalannya.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Kata suami first time kenal saya masa nak terlanggar kat tangga, tiba-tiba terasa macam saya jodoh dia. Cewah, boleh percaya ka? Hakhak.

Fitrah manusia tertarik dengan lain jantina. Saya akui saya wanita normal.
Terus-terang, saya ada niat nak kahwin dengan dia. Sejak sekolah, kami pernah plan nak kahwin awal.
Dia jaga saya. Dia yang bantu saya membentuk diri saya. Cara saya berpakaian. Dan banyak lagi.


Tak malu kah saya? Malu.
Saya tahu matlamat tak halalkan cara. Sedangkan Allah kata la taqrabuzzina.
Zina berlaku dalam zina hati, zina tangan, kaki, fikiran. Iman pula sekelumit cuma.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Doa saya, jika dia yang terbaik untuk saya, mudahkan jalan kami.


Pernah dulu saya rasakan, dia hanya untuk saya. Rendahnya jiwa saya. Kotornya hati saya.
Kakak pernah berpesan ketika hampir kepada pernikahan,
"Dia bukan hak milik mu. Walau 5 minit sebelum akad pun, Allah mampu menarik dia dari kamu."


Dan sehingga kini, itu cukup-cukup pasti. Dia bukanlah milik saya. Dia anugerah Tuhan.
Pinjaman dariNya untuk saya menyusuri hidup ini.


Selepas nikah, tiada kata yang lebih indah selain alhamdulillah.


Hati lebih terjaga. Sungguh. Hidup lebih bermakna.
Saya dapat rasa hebatnya nikmat cinta yang Allah kurniakan untuk suami isteri.
Dulu, bibir yang menyatakan perasaan. Tiada siapa tahu sejauh mana kebenaran.
Bila dah halal, rasa tu dapat dirasakan dalam setiap sel dalam hati.
Fikir hebatnya cinta hebatnya kuasa Tuhan.


Sangatlah tidak malu untuk berbangga dengan kisah kami.
Saya harap yang dulu itu tidak pernah tercipta.
Saya cintakan dia dengan cara yang halal ini. Saya cintakan cara cinta kami kini.
Saya cintakan cinta yang dia berikan kepada seorang isteri.


Saya pernah terbaca, "Perkahwinan tanpa salah faham ibarat cendol tidak bergula"
Ya, saya akui langit tak selalu cerah. Saya yakin itu semua ujian Allah.


Jika ada yang berkata, "Masalah wang itu, masalah terganggunya study itu, masalah kekalutan masa itu, kamu yang cari, kamulah tanggung sendiri".

Saya pula mahu bertanya, "Adakah anda terfikir dahsyatnya ujian sebelum berkahwin? Adakah anda terfikir hinanya dosa yang dulu itu?"


Andai dapat dilihat catitan malaikat 'atid.
Andai dapat diukur jalan ke neraka yang kamu susuri.


Ujian selepas kahwin itu saya rasa sesuatu yang perlu. Agar bisa kita pelajari. Agar bisa kita mematangkan diri.
Ujian yang dulu itu lebih kepada dosa. Nafsu durjana semata. Yang buat syaitan melompat2 gembira.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


"Kamu sudah kawin, pandailah kamu cakap"


Sungguh, dulu saya tidak berusaha sekuat hati untuk memerangi.
Untuk berjihad mencari cinta Ilahi.
Saya tidak sepenuhnya bergantung kepada Dia.
Saya jahil tentang ini semua.
Saya lupa saya alpa saya leka.


Jangan terlalu leka dengan cinta. Jangan berhenti mencuba.
Tuhan sentiasa bersama kita. Dia kan bantu hidup kita. Dia kan kuatkan hati kita.
Dia kan ingat hamba yang ingat kepada Nya. Insha Allah.
Yakinlah, Dia lah sebaik-baik tempat bergantung.


Betulkanlah niat kita. Kembalilah kepada Dia yang lahirkan rasa cinta di hati kita.
Tinggalkan lah yang tidak perlu.
Jauhkan lah yang menguji nafsu itu.


Dekati lah Cinta yang sentiasa menunggu.
Cintailah Dia yang sangat tahu kehendak hati kita.
Dia yang menetapkan jodoh kita.
Dia yang begitu kasih dan sayang terhadap kita.



"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,
maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.
Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu" (Hadith riwayat Muslim)


Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.
Ya Tuhan, maafkan kami hamba Mu.

22 comments:

  1. salam..kak midee,sy tgh rse ape yg akak rse dlu...mmg rse brdosa n bslh spnjg mse...astaghfirullah...sbb 2 la sy n si dia pun plan nak khwin awl...hehe...tp tula,family msing2 mcm x bg je..dy pun uia jgk,sme kos dgn sy..bio sc...nway,sy junior akak n abg dolah mse kt smap dlu..spm 2009..cbe tnye abg dolah,sy ade jmpe dy mse dy dtg cfs ritu,mse bln ramadhan...sy jmpe dy kt msjd time 2,smpt salam je..hehe...so,akak rse ape yg sy ptut bwt skg ni?

    ReplyDelete
  2. setiap orang, punya kisah masing2 kan. semua ada uniknya tersendiri.

    dan semua orang tidak sempurna, semua orang pernah buat silap. semua punya kisah zaman silam.

    yang pasti, Allah takkan terlepas dari menghitung pahala jihad kita. jihad untuk dapat redha Dia. n thia pasti, mira telah menjadi salah seorang dari hamba Dia yang tak putus-putus mencari cinta Dia.

    Selamat bercinta, Mira.
    selamat bercinta, sampai ke syurga :)

    p.s: selamba membahasakan diri sendiri 'thia' dan panggl awak 'mira'

    huhu

    ReplyDelete
  3. diana.. its was soo sweet of u to share... insaf k.kina bace.. meleleh air mate ni... xtau kenape... hahah..*xsenonoh nangis dkt blog org...
    insyaAllah.. kita yg sentiasa alpa.. sama2 lah mencari keredhaan Nya..

    ReplyDelete
  4. to daus:
    ye tau dik, akak pon ade kat masjid cfs mase tu. abg dolah kate die x cam awk. akk pon tak cam korg, huhu sory.maklumla da mkin tua.
    erm, family mcm x bagi?macam?
    usaha tangga kejayaan dik.huhu.
    cubalah pujuk, explain elok2 dgn ksh syg n dalil, sementara tu jaga hati, kurangkan sikit2. kawin la. hehe=)


    to fathiyyah:
    oh. itu satu cabaran. ya insha Allah. jazakillah.
    selamat bercinta juga thia :)
    sampai syurga insha Allah.
    no worries, panggil mana suka=)


    to kak kinah:
    saye pon meleleh mase buat entri ni.huhuhu.
    alhamdulillah, insha Allah sama2 cuba kak. :)

    ReplyDelete
  5. salam.. midee.. terpana sekejap membaca blog ko.. dari itu, tolonglah doakan kawan ko ini dipermudahkan jalan utk pernikahan..
    tlg ek midee.. ak tau ko syg ak kn! heehuu~

    p/s : raye haji ni aku bakal ke kelantan untuk dikenalkan dgn family 'si dia'.. aku amat berharap dan berdoa semoga dipercepatkan segalanya... amin ya Rabbal 'Alamin..

    ReplyDelete
  6. bila dh kawen, byk bnda jadi terjaga lg2 org yg muda2.
    alhamdulillah sbb bjaya pilih jln yg plg terbaik utk hindarkan kmungkaran.
    smoga dri ini dpt ikut jejak lgkh yg sama iA

    ReplyDelete
  7. hehe..ok kak,tq2..insyaAllah kami akn ikut nasehat akak 2...lgpun usaha tgga kejayaan kn...doa byk2...btolkn niat ape sume..insyaAllah ok nt..doakn ktorg ea..=))

    ReplyDelete
  8. sudi berkongsi =)

    *taktau nk komen ape tp nk komen jugak bukti kite bace sume post kak ngah*

    p/s: aish.. kanak-kanak..

    ReplyDelete
  9. adik...
    it touches my heart. really.
    akak tak kawen lagi..taktawu cmne nnt kita menempuh onakduri ombakangin masam2manis married life..but hey, part "becintasblmkawen" tu akak xtau berapa juta tahun ibadah nak tebus semula dosa2 akak. doakan akak..

    n the silly part is, smtms i wonder, belum terbukti lagi dia melihat akak sbg "bidadari" dia kat dunia fana ni mcm khairi sees u. hm. emosi.

    doakan akak..taubat dan hijrah ni kdg2 terasa maha berat.
    and i love u. always.

    ReplyDelete
  10. to atikah:
    ye insha Allah.
    Ya Allah, mudahkanlah jodoh kwn ku, atikah azmi.amin..
    all the best dear!


    to lukpi:
    alhamdulillah.
    semoga dikurniakan yg terbaik.amin.


    to pipah:
    kongsi same2 pah.pah bile lg nih~ =D


    to faqih:
    ha pa'a! kawin ngn faqih cpat!! haha.


    to daus:
    insha Allah.ada pape boleh consult ngan kitorang ye.sejam rm10 je.huhu~


    to najibah:
    ok kakngah percaya dan begitu terharu.kua2.
    tq jeep!


    to kakda:
    "sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
    Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
    Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
    dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".(albaqarah:186)

    khairi x penah ckp adik bidadari dia b4 kwin.huhu.insha Allah ada bidadara yg hebat utk akk.
    zarol,bacalah blog saya.huhu~

    ReplyDelete
  11. midee

    tersenyum2 lah baca ni.

    =)

    ReplyDelete
  12. hahaha..memg igt nk jmpe pun nt..tp lme lg la..cehh,ade cas jgk rpenye..:P

    ReplyDelete
  13. to nawa:
    ye cik nawa.makin comel bila nawa comel senyum.cubit pipi.


    to daus:
    aik?lama lagi plak?
    kata nak kawin awal?
    lagi lama charge lagi naik. lalala~

    ReplyDelete
  14. hehehe...insyaAllah,nt ble smpi msenye ktorg bgtau ble nk jmpe...mmg nk jmpe pun nt..mntk consultation n bntuan..hua3...

    ReplyDelete
  15. salamualaikum..

    ya Allah, memang Allah tu Maha Adil.
    Subhanallah.. subhanallah..

    Adalah sy search2 google ttg ssuatu, jmpa pula blog akak mllui seorang lg blogger..

    mmg sblm ni ada pernah juga terbaca kisah orang yg bertemu jodoh cam akak ni.. (dan, alhamdulillah..dorang dah slmt kahwin..dh ada anak jugak :) )

    citernya pun lebih kurg sma,..
    slh sorg tu dibrikn ptnjk/ilham, kirenye cam 'dpt thu' yg org tu jdoh dia.. (wallahu'alam)..

    ada yang berdebar2 sblm jmpa(baca:terserempak) 'si dia' di sekolah, dan macam2 lagilah kisah..

    ada jugak terpikir, habis tu..
    cam ne kalu ada 2 org yg mmg suka sma suka, tp mmg dah tpisah bjuta batu dari tanah air. (sorg kat luar negara, yg seorg di tanah air)..knl pun dari zaman sekolah,..entah rasa cam 'lain' pun ada bila terserempak dgn dia dulu2.

    tapi, pendam jela-perasaan ni. even org tu pernah luah prasaan sume. :(

    cuma nak belajar elok2. nak betul2kan diri ni. insya-Allah.

    skrg ni, dah dapat jawapannya..

    Ya ALLAH, syukur.

    terima kasih sgt2 sbb tulis kisah ni..

    smga Akak sekeluarga diberkati Dia, SENTIASA..insya-Allah..

    mmg ada menangis la jugak bila baca ni .. :')

    beruntung akak bertemu jdoh awal, walau awal2 tu byk dugaan..

    Allah takkan bebani seseorang tu melainkan dgn kesanggupannya kan?

    moga tabah sentiasa. moga ceria sntisa. :)

    assalamualaikum wbt..

    p/s: maaf kalu agak tak tersusun ayat. agak teremosi pulak sekrang ni .. huhuuhhu~~ T_T salam pkenalan jgak. hu

    ReplyDelete
  16. salam skli lg kak, hehe
    dan dari apa yang saya ckp tadi tu, 'jwpn' yg sy maksudkan adalah, nak fokus pada perkara lain dulu. ehe. istikharah tu smestinya. slain nak baiki diri elok2 .. :)

    dan cuba dengan sebaik mungkin untuk lupakan dulu perasaan ni. nak score elok2 kat Uni. nak gapai semua peluang yang ada. :)

    akak, setiap orang punyai kisah tersendiri..sekurangnya, ada yang dapat mengambil pengajaran..

    again,mmg betullah zaman remaja ni penuh dengan dugaan.

    baik..kalau ada apa2 teguran, atau (nasihat), sy harap akak sudi beri tunjuk ajar.. ^^

    ReplyDelete
  17. kak midi..(~~)i'm crying..hurmm..tak tawu lah akk..sye rse nak kol akk~

    ReplyDelete
  18. to aten:
    aten syira eh?
    okay tak?chill2~
    take care eh..
    ade pape cntc akk ke ym ke..
    ad_ekiera24

    ReplyDelete
  19. andai awal nya MERAKA mengerti permainan-permainan syaitan ini?

    tahniah dan semoga ALLAH merahmati perkahwinan akak dan suami insyaALLAH

    ReplyDelete
  20. TIME KASIH..
    INSHA ALLAH...
    AMIN...

    :)

    ReplyDelete

Do we know each other?
I dont want anonymous.
If no ID, please write your name.
Thanks a lot.😊