Wednesday, January 21, 2015

Ratu Hati

Hari ini ulang tahun kelahirannya ke64. Dia inspirasi hati. Namun terlalu banyak baik pada dirinya tak mampu ku warisi. Seorang yang lembut, bercakap perlahan, tak suka susahkan orang lain.

Wanita yang banyak berkorban tenaga dan emosi demi kami sekeluarga. Dialah ibu dialah kawan dialah pendengar setia. Ibu yang boleh dibawa bergurau, kongsi segalanya, menegur dengan lunak kata, cukup buat ku rasa dia ibu sempurna. Seorang yang tak malu bertanya anak perihal agama yang tak pasti, yang terima terbuka hati jika anak beritahu pendapat atau tazkirah dikongsi.

Tika mengandung, hampir muntah di
dalam bas dalam perjalanan ke kerja, keluar dan tggu pula bas yang lain. Rasanya zaman bas mini merah jambu. Tak beraircond, ruang sempit. Kasihan bonda.

Tika makan, dia akan ambil lauk paling koman secubit cuma, lauk yang paling tak laku atau lauk semalam yg dipanaskan, Sedangkan ada lauk yang baru dan sedap. Risau jika tak cukup utk seisi keluarga yang besar.

Jarang mengeluh, walaupun kurang sihat akan cuba sedayanya untuk berkhidmat kepada keluarga. Banyak bersabar dengan perangai kami 8 beradik. Tak pernah pilih kasih terhadap kami. Menghormati keputusan kami yang telah dewasa.

Dia yang sering aku sakiti, yang belum aku puas berikan khidmat diri, semakin tua. Terkadang terkilan aku melihat tubuh 4 keratnya yang makin mengurus sejak kembali menjadi suri rumah selepas bersara. Pernah mengambil pembantu, tapi bonda kurang berpuas hati. Lebih puas semua kerja dibuat sendiri. Menyapu, mengemop, mencuci toilet, memasak.

Ibu yang begitu memahami, cuba menyelami jika anak ditimpa masalah.
Walau pendidikannya tak tinggi, selalu dia mencari ilmu ukhrowi, dialah ratu hati.

Tak cukup kotak ini utk aku tulis tentang ibu. Cukuplah Allah yang tahu.

Selamat hari lahir mak.
Sayang mak sedalam sanubari.
Moga Allah kurniakan kesihatan, kekuatan, kesejahteraan, keberkatan buat mak. Dan juga kerahmatanNya, seindah namamu Rahmah.
Terima kasih atas segalanya. Maafkan adik mak.

Monday, January 12, 2015

20th_generation

20th generation tu apa? Itulah nama batch saya di sekolah menengah. Masih wujud hingga kini. Terdiri daripada 140+ ahli, ada yang MIA selepas SPM.

Ada apa dengan 12 januari? Tarikh hari ini akan diingati setiap tahun kerana 12 Januari 2002 hari pertama saya menjejakkan kaki di sekolah tersebut, memulakan hari pertama sebagai budak hostel yang mungkin bakal diragging. Hakikatnya tak la sangat. Kisah2 ragging org lain lebih dahsyat.

Minggu orientasi yang nostalgic utk anak bongsu yang baru belajar berjauhan dengan keluarga. Padahal jarak antara sekolah dan rumah tak lepas pun untuk solat jama' qasar (ikut syafie). Semua kumpulan diberi nama2 tumbuhan dan saya kumpulan 'sekentut'. -boleh google siapa nak tengok rupa pokok sekentut.

Kemudian, dipakaikan kertas yg perlu disellotape di dagu ibarat janggut. Pergh muka wa peluh kot, manjang tercabut. Disuruh buat dan cakap pelbagai benda terhadap senior sepanjang minggu. Perlu mendapatkan signature senior dengan syarat lakukan dahulu apa2 yg senior tersebut request. Ada yang kena menyanyi, hafaz ayat 1000dinar dan banyak lagi. Akhirnya, pengalaman orientasi jadi kenangan dan
bahan bual ketawa dengan rakan2.(tak kenang sangat, banyak dah aku lupa hoho) begitulah hostel-life.

Saya sayang la sekolah ni sebab di sanalah tempat diri mendewasa selama 5 tahun. Banyak suka xduka nya hoi tak hengat. Alhamdulillah di sana kenal dan hafaz al-ma'thurat, surah al-mulk, surah ad-sajdah, yasin dll. Soalan cepumas, masih beramalkah kita? Banyak sangat belajar benda baik kat sana, pakai stokin, pakai pakaian khas utk solat dll.

2003 dilantik menjadi ajk musolla a.k.a kakak angkat musolla, bila dikenang lucu bonar istilah tu. Tatkala amanah diberi kepada yg bukan ahli, maka porak perandalah bangsa huahua. Kekhilafan dan kelemahan diri telah mengundang banyak rasa kurang senang org sekeliling. Pernah dipanggil ke sebuah kelas berwarna hijau di tingkat 3 blok E dan diberi kritikan membina oleh sekumpulan pelajar selama beberapa minit. Akibatnya balik sekolah saya bercakap dengan hujan dan pokok. Lalu terserlah ke'psiko'an ku.

Sekitar 2004 pernah diumum sebagai pelajar paling banyak kesalahan disiplin semasa perhimpunan pagi. Aib.. aib. Maruahku tercalar, title ahli 'badan dakwah' ketika itu terhina. Sesungguhnya, masalah utama saya adalah kelembapan bak siput hingga nama banyak kali tertulis dalam buku pengawas. Di samping nakal2 lain la untuk dijadikan memori bila dah tinggalkan sekolah. Huhu.

Sekitar 2005 menerima surat layang yang terselit di dalam buku Syari'ah. Panjang suratnya menyatakan ketakpuasan hati dengan penuh benci. Masalah peribadi mungkin telah digeneralizedkan. Tak mengapa, terima kasih.

Terima kasih pengawas yang tutup gate asrama semasa saya berlari anak waktu 3-4 langkah sahaja saya hampir melepasi pagar keramat tersebut. Dan kemudian, namaku tercatit lagi. Huhu. Cukuplah setahun saya jadi ahli BDK celup. Yang sememangnya tak pantas buatku. Menjadi pelajar Form 5 saya makin insaf dan berjaya bergerak pantas bak kijang dan kerap sampai awal di kelas 5 Jingga. Tapi kena bangun seawal pelajar tingkatan 1 hihi.

Di sana juga mula melayan nasyid hingga kini menjadi halwa telinga yang paling disenangi jiwa. Di sana menjalin persahabatan dengan org baik2 dan bijak2. Mula merapat dengan sesetengah junior bila sesekali terima hadiah n kad2 dari mereka walau aku tak pernah tegur diorang tu wakaka. Sweet gitu. Juga dapat pengalaman feeling muhasabah diri dalam gelap bengkak2 mato.

Alhamdulillah, berjumpa jodoh hati di sekolah. Yang kini menjadi suami yang banyak menbantu urusan rumahtangga, yang banyak membantu memperbaiki peribadi saya, dan menjadi ayah yang penyayang buat putera puteri hamba. Alhamdulillah.

Terkadang dipuji terkadang dicaci
Ilmu dunia ilmu ukhrowi
Turun naik keyakinan diri ini
Moga semua mematangkan diri

Happy birthday to my niece nur iman najihah, dua kawan 20th generation yanamas&dinadonat, and my ex student balqis.

Happy anniversary. Peace yaw.
Sekian, assalamualaikum.