Tuesday, March 27, 2018

Birthday abah

Pada 25 march 2018 yang lalu, hari ahad, abah genap 68 tahun alhamdulillah.
Sempena birthday abah, along (kakak sulung saya) organize majlis mkn2 sikit. Majlis start pukul 12, kitorang sampai dari shah alam pukul 11 lebih haha. Kira ok la kan kitorang yg tolong beli hadiah n cake, ekeke.. Semua tong2 je. Along jemput pakcik2 makcik2, tapi tak ramai yg datang. Ramai yg ada hal.

Makanan sedap alhamdulillah, dan banyak..!
Kalau saya belum gemuk, nescaya saya boleh makan lebih byk 😝 sbb kesian juga makanan tu. Tapi tak la banyak bazir, kitorang bawak balik rumah masing2 dan dah bagi jiran2.

Pakcik makcik cousins wish abah kat whatapp group family besar abah balas semua. Kitorang adik beradik wish kat group family kitorang, abah tak balas. Abah memang mcm tu tiap tahun, control macho😝😝
Saya pm abah pun abah tak balas.

Masa majlis, nak serve birthday cake, nak ambil gambar, nak nyanyi ke, semua abah kata tak payah la tak payah. Masa buka hadiah, abah tak pakai baju pun haha.

Semoga abah happy..!

Happy 68th birthday abah.

Thanks for being a wonderful father for us.
Thanks for being a good father even on days i failed to be a good daughter.😭
Thanks ure an amazing datok for all your cucus.
Thanks for your love, care, support and duas for all of us, anak2 n cucu2 abah.

Semoga abah sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dan dikurniakan usia yg berkat.
Semoga Allah kurniakan abah kesihatan yg baik dan kehidupan yang bahagia.
Semoga Allah kurniakan abah segala kebaikan dunia akhirat.
Amin ya robbal 'alamin.

_abah yang dulu garang yet caring, protective, funny, motivating, sekarang dah tak garang hehe.
_i miss those days abah n mak datang smaplabu lawat almost every-twoweeks. After a few years, adik got married😭
Thanks abah for giving khairi your trust, no regrets. Thanks for accepting him as your own son and treat him with respect, comfort and kindness.
_i wish i could give back to u more n more.

Monday, March 19, 2018

Taksub dengan manusia

Ada segelintir orang, tetap sokong manusia yang dia taksub

walaupun manusia tu salah.
Walaupun manusia tu melakukan sesuatu yang menyalahi etika kemanusiaan.
Walaupun manusia tu tidak berlaku adil.
Walaupun manusia tu cakap sesuatu yg tak benar.
Walaupun manusia tu menuduh atau bersangka buruk terhadap insan lain.
Walaupun manusia tu buat perkara yg boleh timbulkan fitnah.

Fahamlah aku kiranya orang tu nak bersangka baik.
Tapi benda yg jelas salah, bukan ke Islam suruh betulkan dgn usaha?

Fahamlah aku kalau nak biarkan demi jaga hubungan, tapi Islam suruh kita bantu yang tak betul supaya kita bertemu di syurga sama2, biiznillah.
Mufti Menk pun kata u have to try to correct that person if u really love him/her, if u wanna meet the same person in Jannah.

Fahamlah aku kalau nak hormat atas faktor usia atau pangkat, tapi sedar tak bila kita membenarkan, buat dia terus rasa dia betul dan dia akan teruskan discard those people yg disagree dengan dia.

Aku ni belajar tak tinggi mana, ijazah bidang biasa2 je, kerja pun tak, bukan ustazah,
tapi aku berpegang lagi kot pada etika2 kemanusiaan, cuba untuk build up empathy n sympathy dalam diri, dan tahu bila aku patut agree dan bila yang aku  patut disagree.

Hidup ni kita bukan untuk benci manusia, tapi benci perkara yg salah.
Aku ni nampak seperti pembenci ke?

Aku membenci atau aku dibenci?
Aku menyakiti atau aku disakiti?
Aku meminggir atau aku dipinggir?
Aku menghina atau aku dihina?

Adakah aku yang bertindak pelik?
Adakah perlu biarkan yg jelik?
Dan tak perlu bangkitkan yang baik?
Adakah dunia sudah terbalik?

Mari makan kek, sambil ketawa terkekek2.

Tengok title semula, oh itu bukan taksub, yes pardon me.
Please feel free to name me the correct word, Sir. Thanks sir.

Thanks evelibodi.
Thanks evelione evelitwo evelithree four five six.


Saturday, March 17, 2018

Narcissism

If u have it, please see counsellor and go for treatment.
If u see it, ask them to get treated.
Oh Allah, please help them to be more just, more tolerate, more understanding, and accept people fairly.
Grant them awareness that things they do are not right, not fair and hurtful.

Wednesday, March 14, 2018

Play victim

Yes there are.
Sadly sometimes they are in your family.

Tips Tolak Pantas

Saya lihat murid tuition saya masih ada yang lemah tolak.
Nombor kurang dari 20 pun masih guna jari.

Ada yang guna jari kaki sekali kalau dah tak cukup 10 jari.
Ada yg guna anggota badan lain untuk buat tolak.
Ada yang lukis lidi dan buang berapa yang nak ditolak, kemudian kira semula lidi.
🙆

.

Ada banyak cara murid boleh guna.

1) Contohnya

16-8
Ini kalau boleh relate dengan sifir 8, atau 8x2 tu maknanya 8+8..
Jadi 16 - 8 = 8.

.

2) Kebiasaannya, saya sarankan simpan nombor yang ditolak dalam minda, kemudian keluarkan jari sambil kira sehingga sampai kepada nombor penolak.

Contoh 14-6.
Simpan 6 dalam minda, keluarkan jari sambil sebut 7, 8, 9, 10, 11 , 12, 13, 14.
Semua jari yg keluar ialah 8, jadi jawapannya 8.

Contoh lain 15-8.
Simpan 8 dalam minda, keluarkan jari sambil sebut 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15.
Semua jari yang keluar ialah 7, jadi jawapannya 7.

.

3) Satu cara lagi ialah hafal pasangan 10.
1 dengan 9.
2 dengan 8.
3 dengan 7.
4 dengan 6.
5 dengan 5.
Seterusnya pusing semula
6 dengan 4 .
Dan seterusnya.

Kembali kepada soalan tadi
14-6.
Pasangan 6 ialah 4.
Ambil 4 tu tambah dengan 4 di atas.
Jawapannya 8.

Contoh lain
13-8
Pasangan 8 ialah 2.
Ambil 2 tu tambah dengan 3 di atas.
Jawapannya 5.

Contoh lain
12-5
Pasangan 5 ialah 5.
Ambil 5 tu tambah dengan 2 di atas.
Jawapannya 7.

.

Satu lagi khas untuk 'Tolak 9'.

Contoh 11 - 9
Tambah kan je 1 dan 1, jawapannya 2.

12-9.
1 tambah 2, jawapannya 3.

13 - 9.
1 tambah 3, jawapannya 4.

18-9.
1 tambah 8, jawapannya 9.

.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 12, 2018

Hari Keluarga Tok Yahami

Haritu pergi HKKTY di Suria Hot Spring Resort, Bentong.. 10-11 Mac 2018..
Yang join ialah keluarga along, abangboy, kak su, kak aida dan kami.
Tok yahami ni ialah unyang saya. Bapa kepada arwah nenek saya, Khadijah.

Alhamdulillah anak2 happy, semua lancar.
Ada aktiviti bacaan tahlil, tazkirah tajuk Silaturrahim (menitik2 air mata ai), sukaneka, dinner tema Arabian night, mandi pool sampai lebamm, air sejuk air panas ikut la nak mana. Dalam villa pun ada kolam kecil indoor👍

Yang sedihnya ialah saya pergi sana kurang kenal saudara, balik pun belum kenal. Haha. Aduila.
Arwah tok yahami pernah berkahwin 3 kali so sebab tu pening. Tapi takpela kira ok sebab ada yg baru saya dapat kenal.

Moga Allah rahmati kita, amin.

(anda yg baca ni datang dari mana, sbb rasanya takde org baca blog ni haha kbai)

Sunday, March 11, 2018

Toxic?

Org kata dont be afraid to walk away from negative people,
tp aku tak nak la terus jauhkan diri,
tapi bila aku approach,
org tu buat mcm tak suka,
rasa macam memang negatif sungguh le gitu,

dan baru aku rasa seperti buduh sebab cuba approach.

Friday, March 9, 2018

A poem for my sister

I feel like losing a sister
I really miss those days we were happier
Ive no idea to make things better
Cant imagine if this will last forever

Though it hurts me to the core
Remain in my heart our memories before
Why cant we just let go the sorrow
Forgive each other and love more

Its just between us two
You need none of the crew
Sometimes they function as screws
Not supporting positive things that we could do

Why must we fight
Though we know this is not right
We both make mistakes
Cant we forgive for the Gods sake?

Couldnt u accept my apology
If u cant say u forgive me
At least u can reply with a sorry
Much better will we be

Uve got all u wanna say
Come what may
I wish that there will be one fine day
My sister n I will be okay

To end this terrible nightmare
To laugh together and give care

For u whom i miss
For u yes my sis

Tuesday, March 6, 2018

Follow FB doktor

Sejak kes doula aritu, saya follow ramai doctors. Disebabkan saya share akaun dgn husband, dia pun berbunyi.

Katanya dia tak suka info2 doctors tu,sebab tu dia tak ambil medic belajar dulu. By tak suka biology. By suka bola je. 😑

Kesian.

Sekali semalam ngintai skrin hp dia, tengah baca 1 post panjang. Saya tanya apa tu.
Dia kata post doctor ni pasal bla2, ayang lah ni like.

Kahhh 😂😂😂baca jugaaaa.

#MacamleBiniDiaSukaBiology

Thursday, March 1, 2018

Coretan ibu

Alhamdulillah makin ceria dan bahagia keluarga kami dengan 2 pasang cahaya mata.
Ada yang bertanya, macam mana handle 4 anak yg agak rapat ini?

Alhamdulillah suami saya terlalu banyak beri bantuan dan sokongan. Teruk rasanya diri saya dalam keadaan saya tak menjadi isteri yg baik, dia selalu cuba jadi suami dan ayah yg terbaik utk kami. 😥
Ya Allah rahmati dan lindungilah suami saya sentiasa, amin.

Allah itu Maha Adil. Sekarang, saya dah boleh harapkan anak pertama dan kedua. Abang kakak dah boleh bantu uruskan adik2, ambil itu ini, pegangkan itu ini, tolong jaga tolong layankan adik2.

Kadang2, saya terbandingkan anak2. Contohnya, anak yg itu paling senang jaga, anak yang ini paling banyak berjaga malam,anak yang itu paling lucu, anak yg ini begitu2, anak yg itu begini2. Saya tersedar, membezakan anak kah aku?

Benda tu antara yg paling saya takut terbuat, n i know how hurt it is😥

Saya cuba ingatkan diri, kau tak boleh bezakan diorang. Ingatkan diri kau kena sayang diorang seadilnya. Memang kadang2 ada anak yang menggeramkan, kelemahan itu ini, tapi itu semua reflect dari diri saya dan suami sendiri. Adaa lah salah kami apa2 tu.

Ada orang kata, setiap keluarga memang ada favorite child. Kena terima ibu bapa memang ada anak kesayangan dia.
Tapi saya tetap taknak percaya memang2 tu. Pilihan di tangan kita ibu bapa.
Nanti terbawa sehingga ke cucu pula, anak favorite child kita, jadi favorite grandchild. Tak nak lah begitu kan.

Saya harap saya dapat terus yakin bahawa setiap anak ini anugerah terindah, ada kelemahan masing2, bukan anak sahaja akan disoal apa baktinya terhadap ibubapa, tapi terlebih utama adakah kita dapat membesarkan anak2 ini menjadi org yg akan berbakti itu? Yang akan sentiasa mendoakan ibubapa. Yang akan membantu ummah.

Dan di sana nanti kita akan disoal tentang tanggungjawab sebagai ibubapa. Gerun kan?
Beratnya amanah ini. Zaman kini pun sudah pelbagai penyakit dalam kalangan ummat. Allahu.

Bukan aim saya untuk miliki anak yang ramai. Sekarang pun sudah merancang haha.

Doa saya, ya Allah kurniakanlah kami anak2 yg soleh solehah baik sihat bijak, yg akan mendoakan ibubapa mereka hingga akhir hayat mereka, dan akan menjadi pembela ummah ini.

Dan mereka hanya pinjaman.
Syafaqah terhebat itu saat kita telah memberikan yang terbaik untuk anak2, dan nanti kita tak harapkan balasan dari mereka. Susah kan?

Itulah kerja kita, anak2 yg dibesarkan dengan baik dan terima didikan yg baik,
Akan jadi anak yg baik dan akan cuba beri yg terbaik untuk kita nanti.
Ikut kemampuannya.
InshaAllah.

And I believe quantity is just a number, quality really does matter.

It all starts from us.

_moga kita dapat jadi ibubapa yg baik
Amin.