Jika marah, tahan.
Jika tak dapat ubah, maafkan.
Jika disalah erti, jelaskan.
Jika tak dihargai, teruskan.
Hanya Tuhan yg mengerti hati.
Jalan terus
Live your life, voice out your thoughts, express your feelings, perhaps via writings.
Jika marah, tahan.
Jika tak dapat ubah, maafkan.
Jika disalah erti, jelaskan.
Jika tak dihargai, teruskan.
Hanya Tuhan yg mengerti hati.
Jalan terus
" Orang yang hidup, akan terasa apabila dicucuk dengan jarum tetapi orang yang mati tidak terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam.
Begitu jugalah dengan hati yang mati, tidak akan terkesan dengan sebarang peringatan walau pun banyak.
Tetapi hati yang hidup akan terkesan apabila diberikan peringatan walaupun sedikit."
[ Syeikh Ahmad Bin Idris رحمة الله تعالى ]
Alhamdulillah, buat pertama kali sejak merdeka, kerajaan persekutuan yg selama ini dikuasai umno bertukar kepada Pakatan Harapan. Dalam sejarah, Tun Mahathir dilantik menjadi PM buat kali kedua. Sebagai pengundi PH, saya rasa bangga kerana telah menjadi sebahagian dari peristiwa ini. Subhanallah.
Dulu spm, 1subjek dapat C. Sejarah. 😩😣. Tak pasti kalau ada kaitan dengan kertas OMR masa jawab paper sejarah masa tu. Ada tertinggal 1 tak berjawab. Penjaga peperiksaan dah tunjuk suruh jawab pun saya tak tanda jawapan jugak, saya kata takpelah. (sengal jugak aku ni?🙆)
Btw, baiknya penjaga peperiksaan tu. Thank uu..
Kalau tanya psl sejarah, mmg banyak tak tau. Ni musim pilihanraya, Ada beberapa benda baru belajar balik:
1. Kerusi parlimen semua 222, nak bentuk kerajaan persekutuan perlu lebih half.
2. Kerajaan negeri pun sama, kena menang simple majority dari jumlah kerusi dun negeri tesebut.
3. Menteri besar diambil dr kalangan adun.
4. Parlimen tu dewan rakyat, kita panggil MP(member of parliament), dewan negara tu senator2.
PRU14 semakin hampir. InshaAllah kami akan undi calon PH. Kenapa PH?
Kami nak tumbangkan BN. Kami tolak rasuah, penyelewangan, kezaliman dan ketirisan.
Macam mana nak ubah kerajaan?
Kita perlu menang lebih separuh dari jumlah kerusi parlimen. 222 bahagi dua. 112? Itu tak selamat, takut ada yg lompat, mungkin perlu 120 ke atas baru kemenangan itu secure.
Undi individu calon, bukan parti?
Ini memberi ruang kpd kerajaan BNumno untuk terus berkuasa. Pas keluar pakatan, sekarang dah pecah undi di situ. Bila masanya BN nak jatuh? Pemerintah yg tidak baik dan sistem pemerintahan zalim akan terus bermaharajalela.
Siapa nak dengar suara minoriti di parlimen? Akhirnya bergaduh jua di parlimen. Akhirnya, semuanya terikat dengan najib. Media, pdrm, sprm, spr, semuanya..? Alalhu.
Kerana itu, Kita mahu beri sokongan sepadu mungkin terhadap PH.
Kita perlu realistic, negara kita pelbagai bangsa dan agama.
Begitu juga suara parlimen, pasti perlu ada wakil rakyat yang mewakili masyarakat bangsa dan agama lain ini.
Islam tak suruh kita tindas mereka, inilah salah satu lorong dakwah inshaAllah.
Konsep undi calon mungkin sesuai utk undi calon dun, tapi tidak untuk parlimen. Itupun anda mungkin akan mendapat Menteri Besar dr kelompok BNumno juga, sebab MB diambil dr kalangan ADUN.
PH ialah gabungan yg paling ideal utk negara kita yg berbilang bangsa dan agama. Mereka bukan tak ada pembela2 agama Islam especially calon dari PAN. Manifesto pun menarik. Tak boleh nak janji banyak2, nanti takut tak tertunai, dan mungkin kekangan wang juga.
Kami bukan anti pas, tapi kami ragui kemampuan pas untuk memerintah negara. Tp dalam isu sekarang, kami akui banyak tak setuju dengan kata2 atau pendapat2 yg dikeluarkan orang2 Pas, buat kami makin jauh hati dengan Pas.
Tak takut ke DAP rampas kuasa? Negara kita ada perlembagaan, yang tak boleh diubah. InshaAllah agama n hak org melayu terus terbela. Saya nak cerita lebih tak reti sangat, sejarah C dulu. Haha. Tak mungkin ketua negara kita diambil dr nonmuslims. Nonmuslims ini biarlah mereka bela hak rakyat nonmuslims di Malaysia, mereka tak memusuhi kita, Islam ajar buat baik kepada mereka, biar nonmuslims nampak kebaikan Islam.
Mahathir jahat?. Kami bukan dah lupa kejahatan dia. Sekarang kami sendiri sedikit ragu motif dia melawan BN. Tapi beliau sudah 93 tahun kan, probability rendah bagi seorang atok tua nak menambah kerosakan, betul tak? Dia nak menjamin future anak2 dia, memang itu mungkin. Tapi dia dah janji nak betulkan kesilapan2 dia and selamatkan negara kita. Kita cuba percaya.
Satu benda yang saya tahu, beliau memang bijak, tajam pemikiran. Arwah nik aziz sendiri akui begitu, arwah pernah kata dia alu2kan kalau tun nak sertai pas. MashaAllah.
PH perlukan dia utk tarik penyokong2 umno dan masyarakat yg rasa terbela masa zaman tun dulu. Untuk kita ubah kerajaan yg sekarang. Hoping for better Malaysia! For our children's future.
Saya lihat saudara sendiri di kampung2, kasihan. Tinggal anak kecil di rumah, pergi ke kebun, kais pagi mkn pagi. Itu belum lagi masyarakat di pedalaman dan saudara2 senegara yg tak saya kenali yang lain.
Hidup di bandar pula, cukup2 makan. Rumah keperluan asas pun tak mampu nak sediakan. Capitalists control the prices. Ada yg bergaji rm9000 tapi kalau anak 4, semputlah. Kuasa beli makin berkurang. Dulu satu troli rm200 je, sekarang 4 5 ratus , berbeza dengan zaman dulu. Dulu gaji rm6000 dah kira kaya beb, sekarang sedang2 lah tu.
Marilah kita beri peluang kepada Pakatan Harapan..!
Kita akan disoal tentang pilihan kita di sana nanti.
Mari undi calon PH!
Ya Allah, berilah kemenangan kepada pihak yg paling layak dan sesuai dalam PRU14 nanti.
Berilah kekalahan kepada kumpulan yg banyak kezaliman dan kemungkaran.
Ya Allah Kau gagalkanlah segala kejahatan atau taktik kotor mana2 pihak untuk memenangi PRU nanti.
Berilah kemenangan kepada PH jika itu yg terbaik utk rakyat dan negara Malaysia.
Amin..
Allahuakbar!