Tuesday, August 7, 2018

Adik teringat dulu

Masa anak2 taknak dengan aku,
teringat masa kecik aku selalu berkepit dengan kakyah(pengasuh) je, taknak manja2 dengan mak..

Masa anak2 taknak makan apa aku masak,
teringat masa kecik aku pernah campak botol mak buatkan susu, aku nak kakyah yang buatkan..

Masa anak2 cakap kasar dengan aku,
Teringat aku pernah cakap kasar dengan mak..

Masa anak2 taknak dengar cakap aku,
Teringat aku memang banyak sangat tak dengar cakap mak dulu, ini kepala ada batu duduk dalam.

Masa anak2 meronta2 nak benda,
Teringat aku pun macam tu dulu masa kecik hentak2 kaki nangis sekuat hati berguling2.

Masa anak2 macam tak kisah aku,
Teringat dulu aku pernah merajuk dengan mak sampai keluar pergi rumah sedara.

Terlalu lambat untuk aku merapat dengan mak.
Mungkin sampai selepas ada anak sendiri barulah aku sedar dan betul2 hargai mak.
Terlalu banyak detik waktu hari2 berlalu tahun2 berlabuh yg telah aku bazirkan begitu.

Hakikatnya mak tetap sama begitu sejak lahirkan aku hingga saat ini..
Mak yang sayang anaknya tanpa syarat.

Yang tak pernah bandingkan anak2,
Yang makan paling cikai supaya anak2 n abah dapat makanan yg banyak dan elok,
Yang sediakan macam2 masa anak2 balik ziarah,
Yang masakkan untuk anak2 walau anak2 dah berkeluarga dan boleh masak sendiri,
Yang jaga hati anak2 walaupun dia yang terasa,
Yang boleh dengar segala luahan/cerita aku sejak zaman sekolah rendah sampai lah sekarang,
Oh tak cukup ruang ni untuk aku tulis tentang mak.
Subhanallah itulah wanita terindah.

Kini, fizikal mak dah tak sekuat dulu,
Tangan dan kaki mak dah sakit2,
Mak dah tak dapat nak masak2 untuk kami,
Aku rindu masakan mak.
Kami 8 beradik belum tentu mampu nak balas dan jaga mak sebaik mak jaga kami.

Moga Allah beri mak kekuatan, kesembuhan, kemuliaan dan kasih sayangNya dunia akhirat.
Amin.

Maafkan adik mak.
Sayang mak sedalam qolbu.

Monday, August 6, 2018

Adik dan mak

Dulu masa kecik atau remaja, pernah je rasa tak setuju atau hati tu marah dekat mak atau abah..
Tapi satu cara aku terus pikir kalau lah diorang pergi, tak ke sedih.. Baru pikir dan bayangkan aje dah boleh nangis..
Tak dapat bayangkan kalau jadi betul2..

Aku rasa banyak sangat da nikmat Allah limpahkan pada kami sekeluarga.. Selama ni mak abah sihat dan kuat.. Tak de penyakit 3 serangkai.. Kalau sakit2 pun sakit angin, sakit pinggang ke lutut..
Alhamdulillah syukur.

Tapi lepas tau je mak ada kanser aritu, dunia gelap kejap buat kami sekeluarga..
Aku masih ingat pada waktu tu air mata aku tak berhenti mengalir buat beberapa jam..
Luruh segala kekuatan aku..
Longlai rasanya jiwa aku..

Biasa dengar orang lain dan sedara aje kena kanser, sekarang kena pada mak sendiri..

Sekarang lepas mak tak sihat, aku memang risau..
Tiap kali balik ziarah mak, aku tengok la ada apa2 yg lain tak kat fizikal mak..

Aku rasa macam ada..

Borak dengan kak aida kat dapur, aku tau menghadapi ujian2 dalam hidup dia tu jadi leboh berat untuk dia..

Kami mengangis bersama..

Mak.. Maafkan adik..
Sayang mak..