Aku masih ingat detik waktu aku baru tahu tentang penyakit mak. Mak disahkan menghidap kanser hati 2 tahun lepas. Doktor kata jangka hayat mak dalam 3 bulan hingga 3 tahun.
Saat itu, aku kat rumah sendiri. Mak pula di rumahnya. Aku tak terus hubungi mak.
Aku longlai. Aku lemah. Aku rebah.
Aku menangis tak henti selama beberapa jam.
Penyakit yang selalu aku dengar menyebabkan kematian, termasuk nenek, atuk, pakcik makcik aku yang telah meninggal dunia dulu. Sekarang kena kat mak.
Bila jumpa mak, kami buat macam biasa. Senyum berlawak berborak. Mak pun nampak okay.
Pada peringkat awal, mak jarang nampak tak okay. Even sampai beberapa bulan sebelum mak pergi, mak masih ada buat kerja di dapur. Mak kuat. Kami balik rumah mak lebih kerap. Nak jenguk mak selalu.
Mak tu baik sangat. Mak tu, wanita yang paling sabar dan baik yang pernah aku jumpa seumur hidup aku.
Mak tu selalu dahulukan orang lain. Mak selalu fikir nak makan apa, make sure ada makanan setiap masa. Mak sangat susah nak marah. Mak selalu sabar dan lemah lembut je. Mak cakap pun aku selalu tak dengar sampai kena dekatkan telinga. Mak tu kalau sedih taknak orang tahu. Kalau sakit dia akan tahan selagi boleh. Itulah mak. Moga Allah rahmati mak.
3 hari sebelum mak pergi, kitorang bawak mak balik rumah kitorang. Ini idea asal along sebab rumah along dekat dengan rumah aku. Along kerja sendri, so dia nak jaga mak siang kat rumah aku. Malam aku jaga. Aku nak jaga mak. Mak jenis tak suka gi rumah orang lama2. Tapi alhamdulillah mak nak jugak datang rumah aku.
Mak memang nampak lemah sejak seminggu dua sebelum tu. Siang2 risau takde orang jaga mak. Abah pun kekadang nak me time dia. Sebab tu kena ada gak anak2 yang jaga mak.
Malam pertama, 12 januari 2020, Ahad malam. Aku tidur dengan mak. Mak cirit birit sejak beberapa hari sebelum tu lagi. Mak pakai diaper. Macam biasa kitorang tolong mak salin diaper and pimpin mak jalan. Aku gi kerja macam biasa.
Malam kedua, 13 januari 2020, Isnin malam aku tidur dengan mak lagi. Aku risau kalau pape jadi kat mak. Kitorang belum beli bell. Malam tu mak tak lena tidur sebab batuk2. Aku pun gosok2 mak sekali sekala je. Mak tidur duduk, kena tinggikan kepala baru okay sikit.
Malam ketiga, 14 Januari 2020, Selasa malam. Aku tidur dengan mak juga. Aku berazam nak selalu tidur dengan mak. Malam tu, mak demam pulak. Mak gigil2 merintih and sejuk2. Aku selubungkan mak. Bagi mak ubat, aku sempat rakam and wasap adik beradik dalam pukul 4pg tu. Lepas tu mak okay sikit.
15 januari 2020, Rabu petang aku balik kerja macam biasa, agak penat sebab Rabu hari cocu kat sekolah. Masa tengah buka tudung kat depan cermin, aku boleh nampak pantulan mak tengah baring kat katil.
Mak tengok aku, mak kata "tu siapa? Aida ke along?"
Aku dah pelik. Kat cermin tu aku la. Aku kata, "ni adik la mak".
Mak diam toleh tempat lain.
Along balik lambat duduk rumah aku lagi. Malam tu, mak macam tak okay je. Merintih, tak sedap badan. Kejap mengiring ke sini kejap ke sana, kejap2 ubah posisi. Aku gosok2 urut2 mak.
Aku tanya, "Mak sakit kat mana? Mak nak macam mana ya?"
Mak kata, "Tah la mak nak mati dah kot".
Aku and along berpandangan. "Ishh mak ni jangan la cakap macam tu."
Kitorang dah tak sedap hati. Rasa kena bawak cek doctor. Tapi mak tak larat. Kakak kat rumah lain pun terus call ambulans.
Sambil tunggu tu, sambil gosok2 mak. Ada sekali tu, mak tanya, "mana orang tadi dah balik ke?"
Aku and along berpandangan lagi. "Siapa mak?"
Mak kata, " tu orang ambulans tadi".
"Eh orang tu tak sampai lagi la mak. Dia otw kot", aku jawab.
Mak diam.
Itu antara beberapa benda pelik yang jadi.
Biasanya orang kata ada benda pelik jadi kalau orang dah dekat nak meninggal.
Aku tak nak pikir bukan2 sebenarnya. Aku tak terfikir pun benda tu tanda ke apa ke.
Bila mak dah pergi, baru teringat balik semua tu.
Tak lama lepas tu, ambulans sampai. MA tu check BP mak. Dia kata tak leh read, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah. Oksigen dalam badan mak kurang.
Aku ikut teman mak naik ambulans pergi HTAR, Klang. Dalam ambulans, aku tanya MA tu. Dia kata so far mak okay. Alhamdulillah lega juga, aku pun taknak fikir berat2.
First time naik ambulans. Sampai je hospital, mak ditolak ke unit kecemasan red zone. Aku pelik juga kenapa tolak mak ke red zone? Teruk sangat ke keadaan mak? Aku tunggu luar, tak boleh masuk.
Sesekali, doctor jumpa tanya2 tentang mak. Health report mak apa pun tak bawak sebab semua ada kat abah. Aku tengok ada orang yang masuk2 dalam tu, guard benarkan. Dia kata kejap2 boleh.
Masa tu abah, akak, abang dah sampai.
Aku pun masuk jumpa mak. Kesian mak. Ward tu crowded. Ada yang kat katil, ada yang kat wheelchair, ada yang kat katil bawah termasuk mak.
Aku senyum manis tengok mak. Mak nampak je aku, mak terus kata ,"kenapa adik tak masuk dari tadi?"
Sedih aku.
Aku kata,"Orang tu tak bagi tadi. Rupanya boleh masuk sekali sekala".
Mak sejuk. Aku selimutkan. Aku beli air bagi mak minum. Aku suap roti mak keluarkan balik.
Doktor bagitahu, tahap gula mak makin rendah. Aku cerita la, mak tak berapa lalu nak makan/minum. Dia kata cuba je.
Sesekali kitorang ada bergilir masuk jenguk mak sepanjang beberapa jam tu. Lama betul menunggu.
Aku ada tidur kat dinding kat tepi ruang menunggu tu..
Sempat aku tukarkan diaper mak dengan kaksu, ada sesekali aku masuk duk tepi mak, aku gosok2 tangan mak.
Mak serba tak selesa. Semua posisi macam tak kena.
Aku tolong mak ubah posisi, nak kebelakangkan mak tapi tak larat berat sangat.
Aku tak tahu aku yang lapar/letih/ngantuk sangat ke atau jasad mak memang dah berat masa tu.
Last2 aku panggil abah, abah ubah posisi mak sama2 dengan nurse.
Masa tu, aku tengok mak macam dah lain sebenarnya. Eye contact mak tak tepat. Muka mak nampak sembap dan pucat sangat.
Itulah last aku jumpa mak dalam pukul 5.30pg.
Lepas tu, aku pergi surau solat subuh pastu aku baring kejap kat surau nap kejap sampai 6 lebih..
Pastu abang and abah pulak pergi solat.
Aku duduk sorang kat ruang menunggu jaga barang2.
Tiba2, doktor panggil. "Waris Rahmah! Waris Rahmah!"
Aku pun kelam kabut bangun and angkut semua barang.
Doktor pun tanya tentang mak, stage berapa, keadaan sebelum ni dll.
Semua doc yang attend mak and jumpa waris mak, akan tanya soalan2 macam tu, sama dan berulang2 kengkadang.
Tapi takde sorang pun nurse atau doc yang inform kata keadaan mak dah makin merosot ke, boleh panggil family dtg ke.
Bila aku tanya pun, doc tu kata so far mak okay, kita tunggu result dari bahagian perubatan dulu bla3.
Aku pun tak faham procedure hospital ni hmm.
Okay sambung pasal aku dengan doc yang panggil waris mak tadi.
Masa dengan doc tu, aku acah buat cool tapi tak tahu kenapa jantung aku berdegup kencang.
Tiba2 doktor cakap, "Sebenarnya tadi jantung mak awak terhenti".
Aku keliru. Speechless. "Okay, so?'
Aku harap nak dengar doctor kata dah buat something kat mak, jantung mak dah okay.
Tapi doctor cakap, "Mak dah takde"
Aku double speechless. Sorang2 dengar berita ni, aku lemah. Gelap dunia.
Doktor ajak tengok mak. Aku tak kuat.
Tiba2 abang lalu, nak jenguk mak la tu. Aku tangkap lengan abang. Doktor cerita kat abang dan kami menangis kat situ. Abang pujuk aku.
Aku announce kat whatsapp group family suruh semua datang sekarang, mak dah takde.
Abang call abah yang otw balik dari surau.
Kitorang ber3 masuk tengok mak.
Mak dah takde. Betullah mak dah takde. Aku tengok mak. Itu jasad mak je. Kitorang bacakan AlFatihah kat tepi mak. Pegang mak, usap mak, mak dah tak respon. Aku rasa macam tak percaya.
Terhenti hubungan fizikal aku dan mak, terhenti segala doa dari mak untuk aku, terhenti segala peluang untuk aku berbakti kat mak, terhenti segala peluang untuk aku dengar suara mak, salam atau peluk mak, terhentilah segalanya.
Kesian kat mak pergi sorang2. Doktor kata mak takde meronta, nampak senang je pergi. Doktor ingat mak tidur tapi tiba2 jantung terhenti. Dah ajal dia.
Maka beginilah rasanya kehilangan orang yang paling aku sayang. Pastu kami disuruh keluar utk urusan seterusnya.
Kami sambung menangis di luar, tunggu ahli keluarga yang lain. Aku call kakak2 aku, semuanya jawab panggilan dalam tangisan.
Setiap kali berpelukan, tiada apa yang dapat diungkap. Hanya mampu menangis bersama.
Selepas beberapa jam, kami dapat tengok mak. Nak mandikan mak di bilik mandi mayat.
Mak cantik, muka mak tenang. Bibir nampak kering sikit. Aku kesal aku tak bagi mak minum banyak2 masa di red zone.
Kami mandikan mak, tolong ustazah kafankan mak. Mak cantik, kemas pakaian mak. Dalam tangisan, kami tersenyum puas. Aku harap mak nampak kami mandikan mak. Aku harap mak happy.
Dulu mak tak cakap direct tapi aku tahu memang harapan mak nak anak2 sendiri yang uruskan jenazahnya.
Mak dibawa ke rumah Segambut dan disolatkan di masjid sebelah rumah. Lepas tu dikebumi di tanah perkuburan dekat dengan rumah. Alhamdulillah semua lancar, cuaca pun baik.
Kami masih menangis, masing2 dah bengkak mata.
Kami bacakan doa, taburkan bunga, dan siram air pada kubur mak.
Di situlah rumah baru mak. Mak tinggal sorang2. Mak akan disoal oleh malaikat.
Kini, sedar tak sedar, dah 3 bulan mak pergi. Aku harap mak bahagia di sana.
Aku harap Allah ampunkan segala dosa mak. Allah maafkan mak. Allah rahmati mak kat sana. ameen.
Seindah namanya Rahmah, dialah yang jadi pembuka rahmat bagi kami sekeluarga.
Aku harap mak dikumpulkan dengan roh2 orang soleh di sana.
Aku harap mak terlepas dari siksa kubur dan neraka.
Aku harap mak telah dimaklumkan tempatnya di syurga dan akan dimasukkan ke syurga nanti.
Ya Allah, lindungilah, bahagiakanlah dan muliakanlah ibuku di sana...
Rindu yang takkan terubat. Kasih yang takkan pernah terpadam.
Akan ku titip doa buatmu, siang dan malam.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Alfatihah buat ibu tercinta dan termulia, Rahmah bt Mohd Jono ( 21/1/1951 - 16/1/2020)
Begitulah 4 hari aku jaga mak.
Rupanya itulah 4 hari terakhir aku bersama mak.
Aku bersyukur and ramai yang cakap aku beruntung.
Tapi banyak yang aku kesal dan terkilan. Tapi takpelah dah ajal mak.
Tolong doakan ibu saya.
Semoga tulisan ini terus jadi kenangan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih.