- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
- Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
- Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
- dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
- anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
- Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
- Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
- Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
- Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
- Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
- maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
- mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
- Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,
- maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
- Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
- kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
- Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
- sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu,
- berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu.
- Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
- Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
- Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
- Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
- Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
- Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
- yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
- nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
- Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
- menyampaikan pula kepada orang lain.
- Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
- Khutbah Terakhir Kekasih Allah- sumber
- *Wahai wanita, Rasulullah telah mengangkat martabat kita dalam khutbah terakhir baginda.
- Ya Rasulullah.. terima kasih..
- Wahai kekasih Allah..
- Semoga kami dapat kenali.. cintai.. dan teladani dirimu..
- Wahai kekasih Allah..
- Semoga kami layak mendapat syafaatmu..
- amin..
- Alangkah indahnya hidup iniAndai dapat kutatap wajahmuKan pasti mengalir air matakuKerna pancaran ketenanganmuAlangkah indahnya hidup iniAndai dapat kukucup tanganmuMoga mengalir keberkatan dalam dirikuUntuk mengikut jejak langkahmuYa Rasulullah Ya HabiballahTak pernah kutatap wajahmuYa Rasulullah Ya HabiballahKami rindu padamuAllahumma Solli Ala MuhammadYa Rabbi Solli Alaihi WasallimAlangkah indahnya hidup iniAndai dapat kudakap dirimuTiada kata yang dapat aku ucapkanHanya tuhan saja yang tahuKutahu cintamu kepada umatUmati..Kutahu bimbangnya kau tentang kamiSyafaatkan kamiAlangkah indahnya hidup iniAndai dapat kutatap wajahmuKan pasti mengalir air matakuKerna pancaran ketenanganmuYa Rasulullah Ya HabiballahTerimalah kami sebagai umatmuYa Rasulullah Ya HabiballahKurniakanlah syafaatmu
- _ya Rasulallah-raihan_
Live your life, voice out your thoughts, express your feelings, perhaps via writings.
Tuesday, February 15, 2011
Khutbah terakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
midee :(
ReplyDeletepipah :(
ReplyDeleteRasulullah syg sgt kat ummat.rasulullah tunggu kita kat akhirat nnti nak bg syafaat kat kita.
sgt risau psl ummat tanya2 kat jibril. terlalu kesahkan ummat.
tapi kita slalu lupa dia. terlalu sikit cinta kita kat dia. :(
alhamdulillah lebih feeling maulud nabi tahun ini. wlopun tema kat mesia pelik2~~~