Saya nak kongsi pengalaman temuduga tahun lepas. Saya tak dapat pun. Tak dapat kerja pun moga2 dapat pahala pun da ok la kan. InshaAllah moga bermanfaat.
Dah lama tak tulis blog ni barulah ada peluang nak share. Mungkin ada yang jumpa post ni sebab google2 kat internet tentang jawatan tu kan? Biasa la sama gak saya pun duk google baca2 blog org aritu. Hehe.
Tapisan pertama dia tengok pada background dan akademik pemohon. Tapisan kedua ialah ujian bertulis. Ada soalan objektif dan esei. Nak jawab tu memang gaya exam kat uni dulu. Otak mak sudah berkarat nakk.
Soalan objektif yang dia tanya 90% kot psl ukm🙆🏻bolehla study kat website dia dengan teliti. Saya rasa kalo ex student ukm da advantage sgt.
Antara soalannya:
Pro naib canselor
Pro canselor
Canselor pertama
Pusat perkhidmatan di ukm
Nama kolej
Moto ukm
Lagu ukm apa tajuknya
Gst tu apa
Ipu jerebu
Institut penyelidikan ada berapa
Faktor penjawat awam dibatalkan pkhidmtan
KRA(key result area) ukm
Fakulti kat ukm KL
Dapat status swa akredatasi tahun bila
Nama hospital ukm
Fakulti kat kampus sabah
Soalan esei pulak ada 2 part.
Esei BM langkah atasi isu negatif remaja.
Esei BI ways to prevent flood in kelantan.
Saya sudah goreng hingga hangit. Haha. Anda pula, selamat menggoreng.
Alhamdulillah lepas ke stage terakhir.
Kami ada dalam 14 15 orang yg dipanggil temuduga. Masa tu dia nak 5 orang sahaja. Sebelum temuduga, kena jawab dulu ujian personaliti dan kena transfer sikit bayaran. Yang tu dia nak tengok personaliti kita la.
Jadi masa temuduga, study semula mcm nak exam bertulis aritu. Hafal2 segala. Masa tu group interview dalam 7 org. Interviewer ada 3 org. Diorang tanya soalan, siapa nak jawab dulu angkat tangan. Kira equal sebab semua jwb soalan yg sama. Ada juga interviewer yang suruh start jawab dari calon yang kanan sekali hingga ke kiri.
Mula2 macam biasa, introduce diri. Yang tu dia suh cakap english. Soalan lain dalam bm je nama pun uni kebangsaan mesia kan.
Soalannya
1. apa yang anda tahu tentang ukm,
Yang ni sebut la sejarah ukm sikit, orang2 penting, visi misi, KRA ukm tadi ada 6, dan apa2 lagi la yg relevant.
2. Kenapa nak kerja ukm,
Yang ni boleh la bagitau apa value2 n kualiti diri anda dan apa yang boleh anda sumbangkan kepada ukm untuk capai visi dan misi dia ke.
Jangan la bg jawapan tak profesional ye (macam kitorang jwb kih33) sebab rumah saya dekat, sebab ahli keluarga ramai produk sini dll.
3. Sebagai pegawai, macam mana cara nak handle kakitangan seliaan, anak buah kita ada yang lebih tua, lebih muda. So camne cara anda?
Yang ni kena hormat, tegas, beri tunjuk ajar ke, kena kenal mereka supaya tahu cara nak bekerja dengan mereka. Lain orang lain cara. Jadi pegawai yg disenangi, yang memahami dll. Camtu la lebih kurang. (pandai tulis skang je ni,, masa interview dulu tah pape aku mencarut >:<)
Selpas interview, boleh la bagi email yg thank you bagi peluang dan bersesar hati dpt pengalaman tu semua.
Pastu tunggu, kalau ada rezeki alhamdulillah. Kalau tak, rezeki ada di tempat lain. Mungkin ada yg lebih baik inshaAllah. Allah knows best.
Sekian, moga berjaya dan dipermudahkan ye.
P/s: Kalau dapat kerja, belanja la eskem. Gurau je. Doakan yg baik2 utk saya ye. Hehe.