Monday, October 31, 2016

Aku bukan patung palsu

Sabar yang perlu aku pertahan itu
Telah aku pertahankan sekian lamanya
Aku bukan tidak mahu bersabar lagi
Aku hanya mahu dimengerti
Aku hanya mahu diterima

Seperti dia
Aku bukan saingannya
Dia pohon subur berbuah berbunga keharuman
Aku sekadar pohon rendang nan kekeringan
Sekadar di pinggiran
(perhh tiba tajuk lagu)

Aku tak mahu menjadi palsu
Kerna itu aku selalu membisu
Aku telah cuba sekadar mampuku
Dan aku akan terus cuba
Demi untukmu

Beri aku ruang dan waktu

No comments:

Post a Comment

Do we know each other?
I dont want anonymous.
If no ID, please write your name.
Thanks a lot.😊