Beberapa bulan yang lalu, mak disahkan positif hepatitis c. Selepas 10 tahun saya ada penyakit hep c ni, baru saya tau saya dapat dari mana. Most probably dari mak, sebab cara jangkitan hep c ni macam hiv, dapat dari ibu atau pemindahan darah atau hubungan seks.
Doctor suruh mak buat ct scan untuk cek liver mak. Result nya, mengejutkan dan sangat menyedihkan. Mak disahkan ada kanser. Unfortunately ketumbuhan tu da quite big, 7cm. Kalau less than 5cm, ada chance nak operate lagi.
Masa abah bagitau di group whatsapp family, ramai yg speechless termasuk saya. Saya terus murung dan tak berhenti menangis sampai sakit kepala teruk. Masa tu dalam 10 hari terakhir ramadhan. Seolah tepat masanya untuk kami rayu doa banyak2 kat Allah. Hari2 yang mensayukan.
Doctor ada bagitau,jangka hayat mak 3 bulan hingga 3 tahun. From one side, beruntunglah mak dan kami untuk bersedia. Tetapi dari sudut hati, luluh semuanya. Kami yakin Allah yang beri sakit ini, Dia juga yang berkuasa ambil semula sakit ini.
Dan saya, terfikir2 nasib diri. Buat masa ini tak tahu lagi status terbaru hepatitis saya. Just nak check viral load sekarang sebab last cek dulu lepas habis treatment tahun 2010, it was undetectable means sangat sedikit.
Hopefully all is well.
Semoga Allah sembuhkan mak, beri kekuatan kat mak untuk fight kanser,
Semoga Allah lemahkan dan matikan segala sel kanser mak tanpa jejaskan kesihatan mak yang baik,
Semoga kami semua kuat dan tabah hadapi ini.
Mak tetap mak yang dulu, yang tak boleh duduk saja, asyik nak buat kerja itu ini, mesti nak tolong2 kat dapur.
Mak tetap mak yang adik sanjungi dan cintai, ratu hati kami 8 beradik.
Allah limpahkanlah sebanyak2 rahmah kepada ibuku Rahmah, wanita terhebat ini.
Subhanallah alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Do we know each other?
I dont want anonymous.
If no ID, please write your name.
Thanks a lot.😊