1/3/2018
Alhamdulillah makin ceria dan bahagia keluarga kami dengan 2 pasang cahaya mata.
Ada yang bertanya, macam mana handle 4 anak yg agak rapat ini?
Alhamdulillah suami saya terlalu banyak beri bantuan dan sokongan. Teruk rasanya diri saya dalam keadaan saya tak menjadi isteri yg baik, dia selalu cuba jadi suami dan ayah yg terbaik utk kami. π₯
Ya Allah rahmati dan lindungilah suami saya sentiasa, amin.
Allah itu Maha Adil. Sekarang, saya dah boleh harapkan anak pertama dan kedua. Abang kakak dah boleh bantu uruskan adik2, ambil itu ini, pegangkan itu ini, tolong jaga tolong layankan adik2.
Kadang2, saya terbandingkan anak2. Contohnya, anak yg itu paling senang jaga, anak yang ini paling banyak berjaga malam,anak yang itu paling lucu, anak yg ini begitu2, anak yg itu begini2. Saya tersedar, membezakan anak kah aku?
Benda tu antara yg paling saya takut terbuat, n i know how hurt it isπ₯
Saya cuba ingatkan diri, kau tak boleh bezakan diorang. Ingatkan diri kau kena sayang diorang seadilnya. Memang kadang2 ada anak yang menggeramkan, kelemahan itu ini, tapi itu semua reflect dari diri saya dan suami sendiri. Adaa lah salah kami apa2 tu.
Ada orang kata, setiap keluarga memang ada favorite child. Kena terima ibu bapa memang ada anak kesayangan dia.
Tapi saya tetap taknak percaya memang2 tu. Pilihan di tangan kita ibu bapa.
Nanti terbawa sehingga ke cucu pula, anak favorite child kita, jadi favorite grandchild. Tak nak lah begitu kan.
Saya harap saya dapat terus yakin bahawa setiap anak ini anugerah terindah, ada kelemahan masing2, bukan anak sahaja akan disoal apa baktinya terhadap ibubapa, tapi terlebih utama adakah kita dapat membesarkan anak2 ini menjadi org yg akan berbakti itu? Yang akan sentiasa mendoakan ibubapa. Yang akan membantu ummah.
Dan di sana nanti kita akan disoal tentang tanggungjawab sebagai ibubapa. Gerun kan?
Beratnya amanah ini. Zaman kini pun sudah pelbagai penyakit dalam kalangan ummat. Allahu.
Bukan aim saya untuk miliki anak yang ramai. Sekarang pun sudah merancang haha.
Doa saya, ya Allah kurniakanlah kami anak2 yg soleh solehah baik sihat bijak, yg akan mendoakan ibubapa mereka hingga akhir hayat mereka, dan akan menjadi pembela ummah ini.
Dan mereka hanya pinjaman.
Syafaqah terhebat itu saat kita telah memberikan yang terbaik untuk anak2, dan nanti kita tak harapkan balasan dari mereka. Susah kan?
Itulah kerja kita, anak2 yg dibesarkan dengan baik dan terima didikan yg baik,
Akan jadi anak yg baik dan akan cuba beri yg terbaik untuk kita nanti.
Ikut kemampuannya.
InshaAllah.
And I believe quantity is just a number, quality really does matter.
It all starts from us.
Moga kita dapat jadi ibubapa yg baik
Amin.
Yang benar,
Ibu garang.