13 tahun bersama, terima kasih cinta
Melayari bahtera ini
Ada pasang surutnya, banyak ujiannya
Bernikah ketika belajar
Bermula dari tiada apa
Makan apa adanya
Makan nasi kicap telur mata
Menyewa rumah kecil bilik dua
Dicaci dimaki dihina
Ketawa bersama menangis bersama
Terima kasih cinta
Sejak sebelum pernikahan
Kita punya banyak harapan
Bila expectations tak sepadan
Kita kesal kita kecewa kita tak suka
Ada yang kita tegur ada yang kita terima
Nak berharap lebih, kita bukanlah solehah mana
Kita ni lagi banyak celanya
Teruslah berharap dengan doa
Teruslah saling mengingatkan dengan cinta
Mohon padaNya pemegang hati pemilik cinta
Terima kasih Tuhan
Sambut bayi pertama naik Kancil tiada pendingin hawa
Bergilir jaga anak waktu kelas tiada
Kawan2 yang membantu tidak dilupa
Bertanya pendapat berbincang
Bukan bermakna suami tiada tulang belakang
Tapi tak mahu decide seorang
Keputusan untuk kita bersama bukan untuk orang
Terima kasih cinta
Ada rajuk ada pujuk
Ada senyum lebar ada masam muka
Ada bertikam lidah ada mengalah
Ada keluh ada gaduh
Ada romantis ada bahagia
Tak perlu tunjuk kepada dunia
Selesaikan dan terus jalan
Semakin hari semakin matang
Sekian tahun semakin lebih terbuka
Bertambah usia bertambah timbang rasa
Bersembang setiap hari
Tambah erti tambah serasi
Terima kasih cinta
Saat aku disisih dibenci
Dia ada di sisi
Saat aku sering tak difahami
Dia cuba beri solusi
Saat aku rasa tertekan
Dia dengar tiap luahan
Terima kasih cinta
Mendidik putera puteri bersama
Banyak kali tak cekal
Banyak kali rasa gagal
Yang silap betulkan semula
Moga mereka jadi aset kita
Anak soleh solehah penyejuk mata
Terima kasih cinta
Moga terus kita bersama
Hingga ke syurga
Ampuni kami ya Allah, rahmati kami, berkahi rumahtangga kami, berkahi rezeki yg Kau kurniakan untuk kami,
Ameen ameen ameen
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Since 25 April 2009_
❤️❤️❤️😍😍😍🥰🥰🥰😘😘😘🤲🏻🤲🏻🤲🏻 -cinta-
ReplyDelete