Tuesday, April 26, 2022

13th anniversary


13 tahun bersama, terima kasih cinta
Melayari bahtera ini
Ada pasang surutnya, banyak ujiannya
Bernikah ketika belajar
Bermula dari tiada apa
Makan apa adanya
Makan nasi kicap telur mata
Menyewa rumah kecil bilik dua
Dicaci dimaki dihina
Ketawa bersama menangis bersama
Terima kasih cinta

Sejak sebelum pernikahan
Kita punya banyak harapan
Bila expectations tak sepadan
Kita kesal kita kecewa kita tak suka
Ada yang kita tegur ada yang kita terima
Nak berharap lebih, kita bukanlah solehah mana
Kita ni lagi banyak celanya
Teruslah berharap dengan doa
Teruslah saling mengingatkan dengan cinta
Mohon padaNya pemegang hati pemilik cinta
Terima kasih Tuhan

Sambut bayi pertama naik Kancil tiada pendingin hawa
Bergilir jaga anak waktu kelas tiada
Kawan2 yang membantu tidak dilupa
Bertanya pendapat berbincang
Bukan bermakna suami tiada tulang belakang
Tapi tak mahu decide seorang
Keputusan untuk kita bersama bukan untuk orang
Terima kasih cinta

Ada rajuk ada pujuk
Ada senyum lebar ada masam muka
Ada bertikam lidah ada mengalah
Ada keluh ada gaduh
Ada romantis ada bahagia
Tak perlu tunjuk kepada dunia
Selesaikan dan terus jalan
Semakin hari semakin matang
Sekian tahun semakin lebih terbuka
Bertambah usia bertambah timbang rasa
Bersembang setiap hari
Tambah erti tambah serasi
Terima kasih cinta

Saat aku disisih dibenci
Dia ada di sisi
Saat aku sering tak difahami
Dia cuba beri solusi
Saat aku rasa tertekan
Dia dengar tiap luahan
Terima kasih cinta

Mendidik putera puteri bersama
Banyak kali tak cekal
Banyak kali rasa gagal
Yang silap betulkan semula 
Moga mereka jadi aset kita
Anak soleh solehah penyejuk mata
Terima kasih cinta

Moga terus kita bersama
Hingga ke syurga
Ampuni kami ya Allah, rahmati kami, berkahi rumahtangga kami, berkahi rezeki yg Kau kurniakan untuk kami,
Ameen ameen ameen

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Since 25 April 2009_

Friday, April 22, 2022

Rasa

Ada ketikanya kita dilanda rindu
Belek foto2 lama
Buat kita diselubungi rasa
Tenggelam dalam sisa
Kenang yang tiada
Ingat yang masih ada
Mekar dalam jiwa
Yang di depan mata
Kita hargai kita syukuri
Biar dilupa dihina
Kayakan rasa dengan cinta
Dengan cinta kita meminta
Kepada Pemilik cinta kita berdoa
Moga Dia rahmati 
Dengarkanlah Tuhan semesta

Sunday, April 3, 2022

Surat untuk mak 1

Salam mak.
Hai mak wat pe tu. Rindu nak sahur dan berbuka dengan mak. Pagi tadi adik masak nasi goreng je dengan keropok alhamdulillah nikmat sahur.
Fateh and asma' puasa juga.
Ali sahur pukul 8.30 pagi pastu belum tengahari dah kata tak tahan hehe.
Ayshah pulak duk kata dia puasa tapi duk makan3.
Macam2 cucu2 mak ni😅
Mak dah tak payah berpuasa lagi kan kat sana.
Moga mak sentiasa bahagia di sana di tempat yang baik bersama orang baik2.
Mak tunggu kami ya.
Harap dapat jumpa mak lagi.
Harap dapat salam peluk cium mak.
Banyak nak sembang dengan mak.
Adik selalu doa Allah sampaikan salam rindu kat mak.
Tapi tak tahulah Allah izin ke tak.
Cantik mak, muda je, baju pun bersih cantik mashaAllah.
Ok lah mak bergembira dulu ya.
Sayang mak❤️

Adik