I supposed to be at the secondary and teach Economics but now im happy handling year 3 students. They are nice n obedient students.
Have a blessed Jumuah everyone.
Live your life, voice out your thoughts, express your feelings, perhaps via writings.
Masa anak2 taknak dengan aku,
teringat masa kecik aku selalu berkepit dengan kakyah(pengasuh) je, taknak manja2 dengan mak..
Masa anak2 taknak makan apa aku masak,
teringat masa kecik aku pernah campak botol mak buatkan susu, aku nak kakyah yang buatkan..
Masa anak2 cakap kasar dengan aku,
Teringat aku pernah cakap kasar dengan mak..
Masa anak2 taknak dengar cakap aku,
Teringat aku memang banyak sangat tak dengar cakap mak dulu, ini kepala ada batu duduk dalam.
Masa anak2 meronta2 nak benda,
Teringat aku pun macam tu dulu masa kecik hentak2 kaki nangis sekuat hati berguling2.
Masa anak2 macam tak kisah aku,
Teringat dulu aku pernah merajuk dengan mak sampai keluar pergi rumah sedara.
Terlalu lambat untuk aku merapat dengan mak.
Mungkin sampai selepas ada anak sendiri barulah aku sedar dan betul2 hargai mak.
Terlalu banyak detik waktu hari2 berlalu tahun2 berlabuh yg telah aku bazirkan begitu.
Hakikatnya mak tetap sama begitu sejak lahirkan aku hingga saat ini..
Mak yang sayang anaknya tanpa syarat.
Yang tak pernah bandingkan anak2,
Yang makan paling cikai supaya anak2 n abah dapat makanan yg banyak dan elok,
Yang sediakan macam2 masa anak2 balik ziarah,
Yang masakkan untuk anak2 walau anak2 dah berkeluarga dan boleh masak sendiri,
Yang jaga hati anak2 walaupun dia yang terasa,
Yang boleh dengar segala luahan/cerita aku sejak zaman sekolah rendah sampai lah sekarang,
Oh tak cukup ruang ni untuk aku tulis tentang mak.
Subhanallah itulah wanita terindah.
Kini, fizikal mak dah tak sekuat dulu,
Tangan dan kaki mak dah sakit2,
Mak dah tak dapat nak masak2 untuk kami,
Aku rindu masakan mak.
Kami 8 beradik belum tentu mampu nak balas dan jaga mak sebaik mak jaga kami.
Moga Allah beri mak kekuatan, kesembuhan, kemuliaan dan kasih sayangNya dunia akhirat.
Amin.
Maafkan adik mak.
Sayang mak sedalam qolbu.
Dulu masa kecik atau remaja, pernah je rasa tak setuju atau hati tu marah dekat mak atau abah..
Tapi satu cara aku terus pikir kalau lah diorang pergi, tak ke sedih.. Baru pikir dan bayangkan aje dah boleh nangis..
Tak dapat bayangkan kalau jadi betul2..
Aku rasa banyak sangat da nikmat Allah limpahkan pada kami sekeluarga.. Selama ni mak abah sihat dan kuat.. Tak de penyakit 3 serangkai.. Kalau sakit2 pun sakit angin, sakit pinggang ke lutut..
Alhamdulillah syukur.
Tapi lepas tau je mak ada kanser aritu, dunia gelap kejap buat kami sekeluarga..
Aku masih ingat pada waktu tu air mata aku tak berhenti mengalir buat beberapa jam..
Luruh segala kekuatan aku..
Longlai rasanya jiwa aku..
Biasa dengar orang lain dan sedara aje kena kanser, sekarang kena pada mak sendiri..
Sekarang lepas mak tak sihat, aku memang risau..
Tiap kali balik ziarah mak, aku tengok la ada apa2 yg lain tak kat fizikal mak..
Aku rasa macam ada..
Borak dengan kak aida kat dapur, aku tau menghadapi ujian2 dalam hidup dia tu jadi leboh berat untuk dia..
Kami mengangis bersama..
Mak.. Maafkan adik..
Sayang mak..
Its better to try and fail than not to try at all.
I hope nobody fails me.
I feel useless many times, dont make me feel worse.
I wont do something that i cant afford.
I was just thinking of being there with them
I was just trying to do as much as i can.
I know im not rich, but there is always a man who always give me full support.
We are different, we have different journey, u wont know how i feel.
Being the youngest, got married early, got nothing to give, always burdening, hurting a lot, anxious of not doing enough.
Be grateful of your life journey, time, money, good moments u had spent with them in ur life.
Ure just so lucky.
Thank you.
To tell my feeling is not a crime, i guess.
Dont judge me if you dont know me well
Dont say im rude if you never make me smile
Dont say im a bad girl if you treat me as im really bad
Dont say im quiet if you never be approachable for me to tell thousand stories of mine
Dont say im manja if you never try to acknowledge my strength
Dont say im acting if you dont want to see me being hulk
Haha
Dontcha!
Alhamdulillah selesai berpuasa sebulan ramadhan, aidilfitri disambut gembira bersama keluarga. Tahun ini pagi raya beraya di segambut, belah saya. Kami memang bergilir raya setiap tahun.
Kecuali ada situasi tertentu yang perlu kami tukar giliran,kami takde masalah untuk tukar dan sesuaikan dengan keadaan. Ini perkara yang kami bincang sejak awal kahwin, balik hari raya bergilir. Dalam Islam pun takde masalah kan raya bergilir ni. Hehe.
Tahun ini, anak no 2, 3, 7 dan 8 ada bersama mak abah. 4 beradik lagi belah mertua. Hari raya pertama ialah hari yang kalut sebab adik beradik abah akan datang beraya. Adik beradik abah pun 8 so siaplah bersilat hehe.
Alhamdulillah semua lancar.
Hari raya ke3 kami balik ke rumah mertua saya di bangi. Syukur kampung dekat2 ni kan. Hari raya ke4 dah nak balik ke shah alam sebab suami pun dah nak kerja. Rumah sendiri pun belum berkemas.
Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin.
Taqabbalallahu minna waminkum.
Semoga Allah terima amalan kita semua.
💜
Beberapa bulan yang lalu, mak disahkan positif hepatitis c. Selepas 10 tahun saya ada penyakit hep c ni, baru saya tau saya dapat dari mana. Most probably dari mak, sebab cara jangkitan hep c ni macam hiv, dapat dari ibu atau pemindahan darah atau hubungan seks.
Doctor suruh mak buat ct scan untuk cek liver mak. Result nya, mengejutkan dan sangat menyedihkan. Mak disahkan ada kanser. Unfortunately ketumbuhan tu da quite big, 7cm. Kalau less than 5cm, ada chance nak operate lagi.
Masa abah bagitau di group whatsapp family, ramai yg speechless termasuk saya. Saya terus murung dan tak berhenti menangis sampai sakit kepala teruk. Masa tu dalam 10 hari terakhir ramadhan. Seolah tepat masanya untuk kami rayu doa banyak2 kat Allah. Hari2 yang mensayukan.
Doctor ada bagitau,jangka hayat mak 3 bulan hingga 3 tahun. From one side, beruntunglah mak dan kami untuk bersedia. Tetapi dari sudut hati, luluh semuanya. Kami yakin Allah yang beri sakit ini, Dia juga yang berkuasa ambil semula sakit ini.
Dan saya, terfikir2 nasib diri. Buat masa ini tak tahu lagi status terbaru hepatitis saya. Just nak check viral load sekarang sebab last cek dulu lepas habis treatment tahun 2010, it was undetectable means sangat sedikit.
Hopefully all is well.
Semoga Allah sembuhkan mak, beri kekuatan kat mak untuk fight kanser,
Semoga Allah lemahkan dan matikan segala sel kanser mak tanpa jejaskan kesihatan mak yang baik,
Semoga kami semua kuat dan tabah hadapi ini.
Mak tetap mak yang dulu, yang tak boleh duduk saja, asyik nak buat kerja itu ini, mesti nak tolong2 kat dapur.
Mak tetap mak yang adik sanjungi dan cintai, ratu hati kami 8 beradik.
Allah limpahkanlah sebanyak2 rahmah kepada ibuku Rahmah, wanita terhebat ini.
Subhanallah alhamdulillah.
Jika marah, tahan.
Jika tak dapat ubah, maafkan.
Jika disalah erti, jelaskan.
Jika tak dihargai, teruskan.
Hanya Tuhan yg mengerti hati.
Jalan terus
" Orang yang hidup, akan terasa apabila dicucuk dengan jarum tetapi orang yang mati tidak terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam.
Begitu jugalah dengan hati yang mati, tidak akan terkesan dengan sebarang peringatan walau pun banyak.
Tetapi hati yang hidup akan terkesan apabila diberikan peringatan walaupun sedikit."
[ Syeikh Ahmad Bin Idris رحمة الله تعالى ]
Alhamdulillah, buat pertama kali sejak merdeka, kerajaan persekutuan yg selama ini dikuasai umno bertukar kepada Pakatan Harapan. Dalam sejarah, Tun Mahathir dilantik menjadi PM buat kali kedua. Sebagai pengundi PH, saya rasa bangga kerana telah menjadi sebahagian dari peristiwa ini. Subhanallah.
Dulu spm, 1subjek dapat C. Sejarah. 😩😣. Tak pasti kalau ada kaitan dengan kertas OMR masa jawab paper sejarah masa tu. Ada tertinggal 1 tak berjawab. Penjaga peperiksaan dah tunjuk suruh jawab pun saya tak tanda jawapan jugak, saya kata takpelah. (sengal jugak aku ni?🙆)
Btw, baiknya penjaga peperiksaan tu. Thank uu..
Kalau tanya psl sejarah, mmg banyak tak tau. Ni musim pilihanraya, Ada beberapa benda baru belajar balik:
1. Kerusi parlimen semua 222, nak bentuk kerajaan persekutuan perlu lebih half.
2. Kerajaan negeri pun sama, kena menang simple majority dari jumlah kerusi dun negeri tesebut.
3. Menteri besar diambil dr kalangan adun.
4. Parlimen tu dewan rakyat, kita panggil MP(member of parliament), dewan negara tu senator2.
PRU14 semakin hampir. InshaAllah kami akan undi calon PH. Kenapa PH?
Kami nak tumbangkan BN. Kami tolak rasuah, penyelewangan, kezaliman dan ketirisan.
Macam mana nak ubah kerajaan?
Kita perlu menang lebih separuh dari jumlah kerusi parlimen. 222 bahagi dua. 112? Itu tak selamat, takut ada yg lompat, mungkin perlu 120 ke atas baru kemenangan itu secure.
Undi individu calon, bukan parti?
Ini memberi ruang kpd kerajaan BNumno untuk terus berkuasa. Pas keluar pakatan, sekarang dah pecah undi di situ. Bila masanya BN nak jatuh? Pemerintah yg tidak baik dan sistem pemerintahan zalim akan terus bermaharajalela.
Siapa nak dengar suara minoriti di parlimen? Akhirnya bergaduh jua di parlimen. Akhirnya, semuanya terikat dengan najib. Media, pdrm, sprm, spr, semuanya..? Alalhu.
Kerana itu, Kita mahu beri sokongan sepadu mungkin terhadap PH.
Kita perlu realistic, negara kita pelbagai bangsa dan agama.
Begitu juga suara parlimen, pasti perlu ada wakil rakyat yang mewakili masyarakat bangsa dan agama lain ini.
Islam tak suruh kita tindas mereka, inilah salah satu lorong dakwah inshaAllah.
Konsep undi calon mungkin sesuai utk undi calon dun, tapi tidak untuk parlimen. Itupun anda mungkin akan mendapat Menteri Besar dr kelompok BNumno juga, sebab MB diambil dr kalangan ADUN.
PH ialah gabungan yg paling ideal utk negara kita yg berbilang bangsa dan agama. Mereka bukan tak ada pembela2 agama Islam especially calon dari PAN. Manifesto pun menarik. Tak boleh nak janji banyak2, nanti takut tak tertunai, dan mungkin kekangan wang juga.
Kami bukan anti pas, tapi kami ragui kemampuan pas untuk memerintah negara. Tp dalam isu sekarang, kami akui banyak tak setuju dengan kata2 atau pendapat2 yg dikeluarkan orang2 Pas, buat kami makin jauh hati dengan Pas.
Tak takut ke DAP rampas kuasa? Negara kita ada perlembagaan, yang tak boleh diubah. InshaAllah agama n hak org melayu terus terbela. Saya nak cerita lebih tak reti sangat, sejarah C dulu. Haha. Tak mungkin ketua negara kita diambil dr nonmuslims. Nonmuslims ini biarlah mereka bela hak rakyat nonmuslims di Malaysia, mereka tak memusuhi kita, Islam ajar buat baik kepada mereka, biar nonmuslims nampak kebaikan Islam.
Mahathir jahat?. Kami bukan dah lupa kejahatan dia. Sekarang kami sendiri sedikit ragu motif dia melawan BN. Tapi beliau sudah 93 tahun kan, probability rendah bagi seorang atok tua nak menambah kerosakan, betul tak? Dia nak menjamin future anak2 dia, memang itu mungkin. Tapi dia dah janji nak betulkan kesilapan2 dia and selamatkan negara kita. Kita cuba percaya.
Satu benda yang saya tahu, beliau memang bijak, tajam pemikiran. Arwah nik aziz sendiri akui begitu, arwah pernah kata dia alu2kan kalau tun nak sertai pas. MashaAllah.
PH perlukan dia utk tarik penyokong2 umno dan masyarakat yg rasa terbela masa zaman tun dulu. Untuk kita ubah kerajaan yg sekarang. Hoping for better Malaysia! For our children's future.
Saya lihat saudara sendiri di kampung2, kasihan. Tinggal anak kecil di rumah, pergi ke kebun, kais pagi mkn pagi. Itu belum lagi masyarakat di pedalaman dan saudara2 senegara yg tak saya kenali yang lain.
Hidup di bandar pula, cukup2 makan. Rumah keperluan asas pun tak mampu nak sediakan. Capitalists control the prices. Ada yg bergaji rm9000 tapi kalau anak 4, semputlah. Kuasa beli makin berkurang. Dulu satu troli rm200 je, sekarang 4 5 ratus , berbeza dengan zaman dulu. Dulu gaji rm6000 dah kira kaya beb, sekarang sedang2 lah tu.
Marilah kita beri peluang kepada Pakatan Harapan..!
Kita akan disoal tentang pilihan kita di sana nanti.
Mari undi calon PH!
Ya Allah, berilah kemenangan kepada pihak yg paling layak dan sesuai dalam PRU14 nanti.
Berilah kekalahan kepada kumpulan yg banyak kezaliman dan kemungkaran.
Ya Allah Kau gagalkanlah segala kejahatan atau taktik kotor mana2 pihak untuk memenangi PRU nanti.
Berilah kemenangan kepada PH jika itu yg terbaik utk rakyat dan negara Malaysia.
Amin..
Allahuakbar!
Alhamdulillah menjangkau 9 tahun usia pernikahan.
Betul lah Allah jodohkan kita dgn pasangan yang melengkapkan kita..
Suami memang beza dengan saya.
Dia baik, saya biasa je.
Dia penyabar(dengan anak garang). Saya dengan siapa2 pun garang. Haha.
Dia positif. Saya tgh belajar lagi jd positif kiki..
Dia simple. Saya overthinker, complicated.
Dan banyak lagi.
Nak highlight 1, saya jenis pelik skit(kot). Tapi dia pun pelik. Sebab boleh sabar hidup dgn saya these 9 years😭
Siapa kenal saya zaman remaja saya, saya org yg sensitif, emotional apa2 lah orang nak kata tu.
Tapi suami didik saya jadi lebih calm and cool.
Dia ajar saya selalu appreciate n thank people.
Dia ajar saya say sorry dulu.
Dia ajar saya to let go.
Tapi citenye dia ajar jelah, saya kkdg tak amik pengajarannye lagi. 🙆😅
Bila saya down, suami bg semangat.
Bila saya nangis, dia pujuk atau biar. Saya memang suka org bg ruang utk saya nangis.
Bila saya buat perangai, dia marah.
Bila saya ego, dia suruh saya minta maaf.
Bila saya ajak gaduh, dia pun gaduh. Hahaha.
Teman suka duka happy nangis ketawa berbual berdebat bergaduh semua lah.
Terima kasih ya Allah pinjamkan lelaki ini untukku.
Alhamdulillah.
Live learn letgo n love.
Hari tautan kasih keluarga JasniRahmah
22april2018
Happiness is
When we can gather with our family
When abah gives advice and motivation wholeheartedly
When he delivers heartbreaking heartmelting speech sincerely
When he unexpectedly cry n say sorry
When we forgive each other
When we hug each other
When we cry and laugh together
When we can express our love and care
When we admit our mistakes here n there
When we agree to stop arguing
When we make crazy posings
When we can make our parents smiling
N when we can feel Allah's blessing
ThankYou Allah alhamdulillah3
Abangboy our hero n Abah the real hero.
Moga Allah ampunkan dosa2 kita.
Moga Allah kumpulkan kita di dunia hingga ke syurga bersama.
Semoga Allah terus sentiasa rahmati keluarga kita dan tautkan hati2 kita.
Amin.
Subhanallah alhamdulillah.
💜💜😭😭
Kadang2 kita bukan taknak atau tak boleh maafkan.
Tapi kita harap dia juga turut minta maaf dan sedar kesilapan dia.
Regardless of age.
Sebenarnya, dah lebih kurang sebulan buang fb kat handphone. Dah pernah buat dah dulu, tapi still tengok2 jugak kat chrome..biasa install balik sebab nak scroll gamba2 nak beli barang senang sikit haha.
Buang tu sebab nak kurangkan waktu tengok fb. Down sendiri nnt bila kita punya jadual as suri rumah tak teratur, pastu down sebab lagi byk pegang hp dari pegang Quran, astaghfirullah.
Sebab tu kita boleh blogging semula hehe.
Aritu up kat whatsapp stories pasal blog ni, ramai juga yg pm tanya nama blog. Sebenarnya segan kalau orang baca. Dulu2 zaman muda iye lah tulis blog nak org rmai baca. Sekarang rasa mcm i write just for myself. Tapi ok jela sekali sekala ada org baca kan.
Minta maaf ai takde skill menulis pun.
Semuanya hentam sajalah. Huhu
Pada 25 march 2018 yang lalu, hari ahad, abah genap 68 tahun alhamdulillah.
Sempena birthday abah, along (kakak sulung saya) organize majlis mkn2 sikit. Majlis start pukul 12, kitorang sampai dari shah alam pukul 11 lebih haha. Kira ok la kan kitorang yg tolong beli hadiah n cake, ekeke.. Semua tong2 je. Along jemput pakcik2 makcik2, tapi tak ramai yg datang. Ramai yg ada hal.
Makanan sedap alhamdulillah, dan banyak..!
Kalau saya belum gemuk, nescaya saya boleh makan lebih byk 😝 sbb kesian juga makanan tu. Tapi tak la banyak bazir, kitorang bawak balik rumah masing2 dan dah bagi jiran2.
Pakcik makcik cousins wish abah kat whatapp group family besar abah balas semua. Kitorang adik beradik wish kat group family kitorang, abah tak balas. Abah memang mcm tu tiap tahun, control macho😝😝
Saya pm abah pun abah tak balas.
Masa majlis, nak serve birthday cake, nak ambil gambar, nak nyanyi ke, semua abah kata tak payah la tak payah. Masa buka hadiah, abah tak pakai baju pun haha.
Semoga abah happy..!
Happy 68th birthday abah.
Thanks for being a wonderful father for us.
Thanks for being a good father even on days i failed to be a good daughter.😭
Thanks ure an amazing datok for all your cucus.
Thanks for your love, care, support and duas for all of us, anak2 n cucu2 abah.
Semoga abah sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dan dikurniakan usia yg berkat.
Semoga Allah kurniakan abah kesihatan yg baik dan kehidupan yang bahagia.
Semoga Allah kurniakan abah segala kebaikan dunia akhirat.
Amin ya robbal 'alamin.
_abah yang dulu garang yet caring, protective, funny, motivating, sekarang dah tak garang hehe.
_i miss those days abah n mak datang smaplabu lawat almost every-twoweeks. After a few years, adik got married😭
Thanks abah for giving khairi your trust, no regrets. Thanks for accepting him as your own son and treat him with respect, comfort and kindness.
_i wish i could give back to u more n more.
Saya lihat murid tuition saya masih ada yang lemah tolak.
Nombor kurang dari 20 pun masih guna jari.
Ada yang guna jari kaki sekali kalau dah tak cukup 10 jari.
Ada yg guna anggota badan lain untuk buat tolak.
Ada yang lukis lidi dan buang berapa yang nak ditolak, kemudian kira semula lidi.
🙆
.
Ada banyak cara murid boleh guna.
1) Contohnya
16-8
Ini kalau boleh relate dengan sifir 8, atau 8x2 tu maknanya 8+8..
Jadi 16 - 8 = 8.
.
2) Kebiasaannya, saya sarankan simpan nombor yang ditolak dalam minda, kemudian keluarkan jari sambil kira sehingga sampai kepada nombor penolak.
Contoh 14-6.
Simpan 6 dalam minda, keluarkan jari sambil sebut 7, 8, 9, 10, 11 , 12, 13, 14.
Semua jari yg keluar ialah 8, jadi jawapannya 8.
Contoh lain 15-8.
Simpan 8 dalam minda, keluarkan jari sambil sebut 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15.
Semua jari yang keluar ialah 7, jadi jawapannya 7.
.
3) Satu cara lagi ialah hafal pasangan 10.
1 dengan 9.
2 dengan 8.
3 dengan 7.
4 dengan 6.
5 dengan 5.
Seterusnya pusing semula
6 dengan 4 .
Dan seterusnya.
Kembali kepada soalan tadi
14-6.
Pasangan 6 ialah 4.
Ambil 4 tu tambah dengan 4 di atas.
Jawapannya 8.
Contoh lain
13-8
Pasangan 8 ialah 2.
Ambil 2 tu tambah dengan 3 di atas.
Jawapannya 5.
Contoh lain
12-5
Pasangan 5 ialah 5.
Ambil 5 tu tambah dengan 2 di atas.
Jawapannya 7.
.
Satu lagi khas untuk 'Tolak 9'.
Contoh 11 - 9
Tambah kan je 1 dan 1, jawapannya 2.
12-9.
1 tambah 2, jawapannya 3.
13 - 9.
1 tambah 3, jawapannya 4.
18-9.
1 tambah 8, jawapannya 9.
.
Sekian, terima kasih.
Haritu pergi HKKTY di Suria Hot Spring Resort, Bentong.. 10-11 Mac 2018..
Yang join ialah keluarga along, abangboy, kak su, kak aida dan kami.
Tok yahami ni ialah unyang saya. Bapa kepada arwah nenek saya, Khadijah.
Alhamdulillah anak2 happy, semua lancar.
Ada aktiviti bacaan tahlil, tazkirah tajuk Silaturrahim (menitik2 air mata ai), sukaneka, dinner tema Arabian night, mandi pool sampai lebamm, air sejuk air panas ikut la nak mana. Dalam villa pun ada kolam kecil indoor👍
Yang sedihnya ialah saya pergi sana kurang kenal saudara, balik pun belum kenal. Haha. Aduila.
Arwah tok yahami pernah berkahwin 3 kali so sebab tu pening. Tapi takpela kira ok sebab ada yg baru saya dapat kenal.
Moga Allah rahmati kita, amin.
(anda yg baca ni datang dari mana, sbb rasanya takde org baca blog ni haha kbai)
Org kata dont be afraid to walk away from negative people,
tp aku tak nak la terus jauhkan diri,
tapi bila aku approach,
org tu buat mcm tak suka,
rasa macam memang negatif sungguh le gitu,
dan baru aku rasa seperti buduh sebab cuba approach.
I feel like losing a sister
I really miss those days we were happier
Ive no idea to make things better
Cant imagine if this will last forever
Though it hurts me to the core
Remain in my heart our memories before
Why cant we just let go the sorrow
Forgive each other and love more
Its just between us two
You need none of the crew
Sometimes they function as screws
Not supporting positive things that we could do
Why must we fight
Though we know this is not right
We both make mistakes
Cant we forgive for the Gods sake?
Couldnt u accept my apology
If u cant say u forgive me
At least u can reply with a sorry
Much better will we be
Uve got all u wanna say
Come what may
I wish that there will be one fine day
My sister n I will be okay
To end this terrible nightmare
To laugh together and give care
For u whom i miss
For u yes my sis
Sejak kes doula aritu, saya follow ramai doctors. Disebabkan saya share akaun dgn husband, dia pun berbunyi.
Katanya dia tak suka info2 doctors tu,sebab tu dia tak ambil medic belajar dulu. By tak suka biology. By suka bola je. 😑
Kesian.
Sekali semalam ngintai skrin hp dia, tengah baca 1 post panjang. Saya tanya apa tu.
Dia kata post doctor ni pasal bla2, ayang lah ni like.
Kahhh 😂😂😂baca jugaaaa.
#MacamleBiniDiaSukaBiology
Alhamdulillah makin ceria dan bahagia keluarga kami dengan 2 pasang cahaya mata.
Ada yang bertanya, macam mana handle 4 anak yg agak rapat ini?
Alhamdulillah suami saya terlalu banyak beri bantuan dan sokongan. Teruk rasanya diri saya dalam keadaan saya tak menjadi isteri yg baik, dia selalu cuba jadi suami dan ayah yg terbaik utk kami. 😥
Ya Allah rahmati dan lindungilah suami saya sentiasa, amin.
Allah itu Maha Adil. Sekarang, saya dah boleh harapkan anak pertama dan kedua. Abang kakak dah boleh bantu uruskan adik2, ambil itu ini, pegangkan itu ini, tolong jaga tolong layankan adik2.
Kadang2, saya terbandingkan anak2. Contohnya, anak yg itu paling senang jaga, anak yang ini paling banyak berjaga malam,anak yang itu paling lucu, anak yg ini begitu2, anak yg itu begini2. Saya tersedar, membezakan anak kah aku?
Benda tu antara yg paling saya takut terbuat, n i know how hurt it is😥
Saya cuba ingatkan diri, kau tak boleh bezakan diorang. Ingatkan diri kau kena sayang diorang seadilnya. Memang kadang2 ada anak yang menggeramkan, kelemahan itu ini, tapi itu semua reflect dari diri saya dan suami sendiri. Adaa lah salah kami apa2 tu.
Ada orang kata, setiap keluarga memang ada favorite child. Kena terima ibu bapa memang ada anak kesayangan dia.
Tapi saya tetap taknak percaya memang2 tu. Pilihan di tangan kita ibu bapa.
Nanti terbawa sehingga ke cucu pula, anak favorite child kita, jadi favorite grandchild. Tak nak lah begitu kan.
Saya harap saya dapat terus yakin bahawa setiap anak ini anugerah terindah, ada kelemahan masing2, bukan anak sahaja akan disoal apa baktinya terhadap ibubapa, tapi terlebih utama adakah kita dapat membesarkan anak2 ini menjadi org yg akan berbakti itu? Yang akan sentiasa mendoakan ibubapa. Yang akan membantu ummah.
Dan di sana nanti kita akan disoal tentang tanggungjawab sebagai ibubapa. Gerun kan?
Beratnya amanah ini. Zaman kini pun sudah pelbagai penyakit dalam kalangan ummat. Allahu.
Bukan aim saya untuk miliki anak yang ramai. Sekarang pun sudah merancang haha.
Doa saya, ya Allah kurniakanlah kami anak2 yg soleh solehah baik sihat bijak, yg akan mendoakan ibubapa mereka hingga akhir hayat mereka, dan akan menjadi pembela ummah ini.
Dan mereka hanya pinjaman.
Syafaqah terhebat itu saat kita telah memberikan yang terbaik untuk anak2, dan nanti kita tak harapkan balasan dari mereka. Susah kan?
Itulah kerja kita, anak2 yg dibesarkan dengan baik dan terima didikan yg baik,
Akan jadi anak yg baik dan akan cuba beri yg terbaik untuk kita nanti.
Ikut kemampuannya.
InshaAllah.
And I believe quantity is just a number, quality really does matter.
It all starts from us.
_moga kita dapat jadi ibubapa yg baik
Amin.
Ada yang kata, tengok aku lemah lembut sopan, sekali dah kenal gila2 kasar gak.
Ada yang kata, awal2 tengok aku sombong, sekali dah kenal rupanya sengal2 boleh layan.
Aku rasa macam dua2 betul.
Aku ada split personality ke? Saiko skit. Haha.
Hakikatnya, memang aku berubah2.
Dengan anak2 garang tp penyayang. Ceh.
Dengan suami garang tp manja. Kah2.
Dengan family sendiri banyak cakap suka membebel berceloteh.
Dengan org lain, aku lain. May it be cold, pendiam, kurang ajar, fake dll.
Just name it, judge me, u dont know me well.
U will just say what u wanna say.
U will judge me as ure always judgmental to me.
I would apologize for the monster ive become,
But i wish u realize that who is actually troublesome.
One thing forsure,
My attitude depends on how u treat me.
Thanks.