Saturday, March 16, 2024

Ramadan 2024

Solat jemaah setiap hari, solat di masjid setiap hari (terutamanya lelaki), baca Quran 1 juzuk 1 hari (>1 juzuk bagi perempuan yang sudah baligh utk aim khatam sebulan), bangun qiamullail, selawat 100x atau lebih sehari, sedekah setiap hari, sebarkan kebaikan setiap hari, memohon maaf dan memberi maaf, memperindah percakapan dan perangai, kurangkan menyindir, perbaiki pemakaian, eratkan silaturrahim, dll.

Antara target ramadan kita. Jika tak dapat buat semua, harap tak tinggal semua.

May Allah guide us and ease for us, amiin.



I am OK

Bila kita rasa down atau sedih, tak bermakna kita tak redha.
Bila kita tunjuk kelemahan diri, tak bermakna kita tak sabar.
Bila kita menangis, tak bermakna kita tak faham bahasa cinta Allah.
Bila kita mengadu pd manusia, tak bermakna kita tak mengadu merintih pada Allah.
Salam 2 ramadan.

Diana12mac2024 

Kemudi Keliru

Keliru tak pasti dilema menyelubungi

Hingga ke saat ini

Masihkah ada ruang

Terlorongkah jalan pulang

Terbentangkah kesempatan

Kabur pudar kemampuan

Dalam lelah ku teruskan

Walau dilanda badai

Terkadang lemas terkapai

Cemas terbabas denai

Ombak beraksi tidak beraptai

Terkadang perahu tenggelam 

Kadang karam kadang menyelam

Terus menari cuba faham

Sembunyi dalam suram

Berteman mentari indah

Hilang gundah lesap lelah

Timbul bernafas baru kelihatan

Teruskan pelayaran

Teruskan percubaan

Dengan namaMu Arrahman

Bismillah


Diana11mac2024

Sunday, September 3, 2023

I write when I cant speak 2

Some days we were there
Some days they were there
I know it's not genuine when you said you like me
And we are humans we cannot seek into people's hearts to see whether they are ikhlas or not
Leave that to Allah. Allah knows best
We are a bit gapped
And you didn't tell us the thing you told them
Is it because we are not important
Or because you feel that we feel that you're not important

I just hope you dont forget that we had tried a few times
But you weren't there
Maybe it's not as often as before
But we do try
It's hurtful as if we never tried

Good that you're happier
Alhamdulillah 

I write when I cant speak 1

The day you said she is the child closest to you. Because she always tells you her personal matters.

I just kept quiet.
It's okay.

But I think you shouldn't say that to us.
It's not that we are jealous.
We have been living with that for many years and for some almost a decade.
We already know.
But it's hurtful.
And seems like we dont share things with you.
Seems like we dont care about you.
There's no good in telling us.
It just makes us uncomfortable.
With you sometimes. With her sometimes.
And with the situation.

We might not have a lot of money. A great career. A high education. A big house. A big car. And a sweet relationship.
But we do care and love.
We do have feelings.
Dont dismiss those.

May Allah bless us.

Thursday, January 26, 2023

You, them and dot dot dot

Some people care for you some just leave you
Some support you some hate you
Some hold on to you some dont even wanna see you
Some do appreciate and understand
And by your side they stand
Some lift you up while you can
Some help you out while you can't 
When you feel left out
And you feel dont belong
Some call it jealousy
Some judge it as envy
Some even mock your feeling
Some wait if you react negatively
Some eager to see you angry
Are you so proud really
Do you have a lack of empathy
Islam teaches us to have ihsan
Be empathetic with everyone
Be kind when you can
And you always can




Monday, October 24, 2022

33rd birthday

Kerana aku tidak tahu meluah dengan kata2
Dan sedikit sekali aku tunjukkan dengan perbuatanku
Izinkan ku coret di sini untuk yang tersayang

Alhamdulillah Allah masih izinkan bernyawa hingga hari ini
Walapun terlalu banyak dosaku
Allah beri peluang untuk aku perbaiki diri dan bertaubat kepadaMu ya Rabb

Terima kasih suami yang setia di sisi
Walau terlalu banyak kekuranganku ini
Suami yang membentuk diri perbaiki diri
Dari seorang yg benci diri
Kini syukur lebih sayangi diri hargai diri
Suami yang membantuku lebih positif
Tidak terlalu sensitif
Lebih bersangka baik
Dengan izin Allah 
Inilah anugerah pinjaman Allah
Yang terindah

Terima kasih abah dah besarkan adik dengan baik
Walaupun abah garang dulu adik takut dengan abah
Tapi sekarang adik makin hargai hubungan kita
Abah yang beri motivasi masa kecil dulu
Abah yang marah bila adik silap
Abah beri duit bila abah berduit
Abah selalu datang smap dengan mak masa adik sangat memerlukan
Abah yang selalu bagi tips dalam kehidupan
Terima kasih abah
Abah dan mak cinta pertama adik
Moga Allah rahmati dan muliakan abah dan mak

Terima kasih ya Allah untuk segala nikmat yg tak terhitung
Terima kasih untuk segala perit duka lara yang pernah ku lalui
Untuk semua pengajaran dan ujian
Untuk segala bahagia
Aku tak layak, aku malu, aku terhina

Terima kasih Tuhanku dan segala pinjamanMu
Alhamdulillah

Thursday, October 6, 2022

Pernah lalui

Saat kamu rasa tiada siapa di sisi. Tiada yang mengerti. Semua membenci. Dunia seakan tidak adil.
Menangislah dan berdoalah.
Dunia memang tidak adil. Tetapi Allah Maha Adil.
Suatu hari, dengan izinNya kamu kan lebih bahagia. Waktu itu, kamu menangis dalam senyuman. Alhamdulillah, hadza min fadhli robbi.
adj051022_

Wednesday, August 24, 2022

Ali's 7th birthday

Alhamdulillah harini 'Ali Kareemi genap 7 tahun. Ramai orang cakap muka Ali lain sikit dari yang lain. Muka n kulit macam ibu la ni, tak cerah gitu (walaupun ibu masa kecik cerah je-nak juga claim wakaka). Pastu bak kata abi, Ali ikut ibu kepala besar😆 abi sebenarnya nak cakap ibu kepala besar ke besar kepala taktau lah🤣🤣

Banyak juga cerita pasal Ali ni.
Antara anak2 ni, Ali sorang je yang overdue dulu berat lahir pun lebih la sikit dari yang lain.
Masa kecik Ali pernah berdiri atas meja makan jalan2 rilek je.

Pastu pernah sekali tu Ali berdiri kat counter top kat dapur, ambil telur, lepaskan ke lantai. Geli hati ibu tengok tapi hancur juga la hati ni ibarat telur2 tu juga. Boleh bayangkan tak hormon singa ibu meninggi masa zaman tu tapi sebab rambut ali comel masa tu so ibu terkawal sikit.

Pastu kita pernah duduk apartment tingkat 15, Ali selalu campak benda ke bawah ikut balkoni tu. Toys lah, hanger lah. Remote tv pun menjadi mangsa korban. Mujur tak kena kepala orang Ali oi.

Ali ni kalau ambil gambar, jarang buat muka elok mesti buat muka2 pelik dia sabo je lah.
Kalau buat salah, dia buat muka tak bersalah je kebil2 dengan kerdipan mata yang redup2 tu.
Sekarang buat salah eii gewam je ibu tengok.
Pastu disebabkan Ali ni agak lasak dan hero, masa kecil dia la paling selalu jatuh la luka la injured itu ini. Pernah berdarah dahi kena gam. Anak jantan kata ko!

Macam takde cerita indah je ibu ni. Hehe ada.. Ali ni lucu orangnya, selalu buat ibu abi terhibur.
Pastu ada sweet nya. Tiap malam dia yang paling selalu ingat salam ibu abi sebelum masuk bilik tidur. Hihi.

Sekarang baby syifa' macam muka Ali. So dah ada geng la ikut muka ibu ni kot. Kira hadiah birthday Ali la juga ya. Haha.

Semoga Ali bahagia harini, selalu2, dunia akhirat.
Moga Ali Kareemi terus menjadi penyejuk mata ibu abi, membesar sbg anak soleh, jadi mujahid Islam yg bertaqwa. Ameen.

Moga Ali dapat berlakon lagi filem Mat Kilau 2 nanti ehh tu Ali Karimi lain. Kbai

Saturday, July 23, 2022

Berdoalah


Teruslah berdoa
Mintalah padaNya
Merayu semahunya
Cepat atau lambat moga Allah kurnia
Satu hari nanti kita kenang semula
Apa yang kita ada
Berkah doa kita sebelumnya
Dan doa orang yang menyayangi kita
Jika tidak diberi seperti yang kita mahu
Dia lebih tahu apa kita perlu
Dan apa yang kita mampu
Dia Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya
Damailah hati dengan ketentuanNya
Alhamdulillah terima kasih ya Allah

adj230722

Thursday, July 7, 2022

Anak ke5

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke 5 pada 29/6/2022.

Alahan pregnant kali ini paling teruk. Mungkin 2 faktor, gap agak jauh dengan kakak ayshah, dan ibu da makin tua haha, first pregnancy di usia 30an huhu.
Sebenarnya memang niat jarakkan anak sedikit, the first four semua 2 tahun, yang ni tak sangka pejamcelik dah 4 tahun. Ada juga faktor2 lain Allahu a'lam.

Masa 1st trimester tu, biasalah muntah2 tiap hari. Pastu selalu seram sejuk macam nak demam. Pergi kerja mengajar pakai sweater. Teacher lain nak aircond, kita pun pergi duk kelas kosong atau sickbay berehat dengan aircond off, sweater on, balm on, minyak cap kapak on. Pastu tiap minggu MC. Berehat kat rumah pun baring je, kipas off, sweater on.
Literally tersadai, dapur pun jarang jejak.

Masa abang fateh dulu, ibu boleh naik turun tangga 4 tingkat kat UIA. Sebenarnya dah lambat gi kelas, tapi niat lah exercise moga mudah bersalin.
Masa anak2 lain pun ok je cergas la juga alhamdulillah. Masa ali overdue buat squats.
Tapi tu la ujian kali ni alhamdulillah.

Ceritanya lepas banyak kali MC, saya ambil unpaid leave. Kesian kat students juga dah la exam students. Teacher terpaksa mengundurkan diri.
And hujung term 3, saya resign..

Dan masa first trimester tu juga, rumah tengah renovate. So kita pun susah nak cergas dan sihat kot sebab habuk and environment construction kat tepi tu kan hmm. So kekdah dia boleh la jalan2 bercuti kejap nak nyamankan diri. Alhamdulillah dapat la pergi bercuti beberapa kali hehe.

Masa 2nd trimester okay alhamdulillah makin sihat dan kuat boleh masak. Doctor pun ada cakap masa 2nd trimester paling okay. Sekali masuk 3rd trimester hujung2 week37 tu mak oi sakit macam2 badan kaki pinggang sakit gigi demam sinus sakit kepala bagai. Cabut gigi beberapa hari sebelum bersalin. Huhu.

Dulu masa anak lain, masa last few weeks tu boleh jalan2 mall, gi sunway lagoon pun pernah, memang niat nak exercise mudah bersalin alhamdulillah. Gembira2 menunggu hari gitu. Tapi tu la lain2 kan journey dia.

Masa nak bersalin, tercipta kenangan terindah.
Urusan bersalin dipermudahkan alhamdulillah.
Sampai bukaan 5cm ibu tak rasa sakit kuat lagi.
Lepas tu baru sakit kuat, genggam tangan abi sampai bunyi2 letup jari dia haha.
Midwife baca doa sesama, suruh kita baca doa Maryam dgn Nabi Yunus. Pastu husband sempat baca surah Maryam, pastu midwife tu pun ajak husband baca yasin. Doctor and her team semua terbaik. Alhamdulillah3.

Selamat datang ke dunia sementara ni anakku, moga kamu membesar sbg anak solehah dan mujahidah sejati. Moga Assyifa' Rahmah menjadi penawar dan penjemput rahmat Allah untuk keluarga kita, ameen.

Monday, May 30, 2022

Abah & Mak




Haritu abah datang rumah. Sembang2 lama. 
Abah kata lately asyik teringat kat arwah mak.
Abah cakap mak baik. Mak tak banyak cakap. Mak diam senyum je apa2 pun orang cakap or buat kat dia. Abah selalu cakap abah yang banyak buat salah kat mak.

Pastu aritu abah pergi kubur, abah cerita lagi mak baik, mak tak pernah cakap tak elok pasal orang lain. Masa nak balik dari kubur, abah cakap "Bye R..." (Abah panggil mak R)
Aku tertampar. Kalau aku pergi 1 hari nanti, apa agaknya suami aku cakap. Lihat redhonya abah pada mak, bagaimana agaknya redho suami pada aku.

Mak, kami rindu mak.
Moga abah mak bertemu kembali di sana nanti. Moga Allah kumpulkan kita bersama semula.
Ya Allah rahmatilah kedua ibu bapaku.
Aku cintai keduanya.

Friday, May 27, 2022

Selawat


Masa basuh pinggan, tengah masak, siram pokok, drive kereta, nak tidur, masa rindu someone, masa lupa something, masa lonely, masa sedih, masa stress, even masa main hp pun bila teringat, jom selawat.

Dengan selawat, hati lebih damai, lebih kuat, lebih baik, lebih besar.
Diri kita lebih positif, orang sekeliling lebih positif, environment sekeliling lebih positif.
Susah nak digambar dengan kata2 tapi things get smoother, inshaAllah. Jom selawat.

Kita selawat pada kekasih Allah, Allah selawat untuk kita.
Dapat pula duduk dekat dengan Nabi kat sana nanti.
Nabi bagi syafaat kat kita.
Fuh, special ke sangat special?
MashaAllah alhamdulillah. Jom selawat. ☺️

adj270522

Tuesday, April 26, 2022

13th anniversary


13 tahun bersama, terima kasih cinta
Melayari bahtera ini
Ada pasang surutnya, banyak ujiannya
Bernikah ketika belajar
Bermula dari tiada apa
Makan apa adanya
Makan nasi kicap telur mata
Menyewa rumah kecil bilik dua
Dicaci dimaki dihina
Ketawa bersama menangis bersama
Terima kasih cinta

Sejak sebelum pernikahan
Kita punya banyak harapan
Bila expectations tak sepadan
Kita kesal kita kecewa kita tak suka
Ada yang kita tegur ada yang kita terima
Nak berharap lebih, kita bukanlah solehah mana
Kita ni lagi banyak celanya
Teruslah berharap dengan doa
Teruslah saling mengingatkan dengan cinta
Mohon padaNya pemegang hati pemilik cinta
Terima kasih Tuhan

Sambut bayi pertama naik Kancil tiada pendingin hawa
Bergilir jaga anak waktu kelas tiada
Kawan2 yang membantu tidak dilupa
Bertanya pendapat berbincang
Bukan bermakna suami tiada tulang belakang
Tapi tak mahu decide seorang
Keputusan untuk kita bersama bukan untuk orang
Terima kasih cinta

Ada rajuk ada pujuk
Ada senyum lebar ada masam muka
Ada bertikam lidah ada mengalah
Ada keluh ada gaduh
Ada romantis ada bahagia
Tak perlu tunjuk kepada dunia
Selesaikan dan terus jalan
Semakin hari semakin matang
Sekian tahun semakin lebih terbuka
Bertambah usia bertambah timbang rasa
Bersembang setiap hari
Tambah erti tambah serasi
Terima kasih cinta

Saat aku disisih dibenci
Dia ada di sisi
Saat aku sering tak difahami
Dia cuba beri solusi
Saat aku rasa tertekan
Dia dengar tiap luahan
Terima kasih cinta

Mendidik putera puteri bersama
Banyak kali tak cekal
Banyak kali rasa gagal
Yang silap betulkan semula 
Moga mereka jadi aset kita
Anak soleh solehah penyejuk mata
Terima kasih cinta

Moga terus kita bersama
Hingga ke syurga
Ampuni kami ya Allah, rahmati kami, berkahi rumahtangga kami, berkahi rezeki yg Kau kurniakan untuk kami,
Ameen ameen ameen

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Since 25 April 2009_

Friday, April 22, 2022

Rasa

Ada ketikanya kita dilanda rindu
Belek foto2 lama
Buat kita diselubungi rasa
Tenggelam dalam sisa
Kenang yang tiada
Ingat yang masih ada
Mekar dalam jiwa
Yang di depan mata
Kita hargai kita syukuri
Biar dilupa dihina
Kayakan rasa dengan cinta
Dengan cinta kita meminta
Kepada Pemilik cinta kita berdoa
Moga Dia rahmati 
Dengarkanlah Tuhan semesta

Sunday, April 3, 2022

Surat untuk mak 1

Salam mak.
Hai mak wat pe tu. Rindu nak sahur dan berbuka dengan mak. Pagi tadi adik masak nasi goreng je dengan keropok alhamdulillah nikmat sahur.
Fateh and asma' puasa juga.
Ali sahur pukul 8.30 pagi pastu belum tengahari dah kata tak tahan hehe.
Ayshah pulak duk kata dia puasa tapi duk makan3.
Macam2 cucu2 mak ni😅
Mak dah tak payah berpuasa lagi kan kat sana.
Moga mak sentiasa bahagia di sana di tempat yang baik bersama orang baik2.
Mak tunggu kami ya.
Harap dapat jumpa mak lagi.
Harap dapat salam peluk cium mak.
Banyak nak sembang dengan mak.
Adik selalu doa Allah sampaikan salam rindu kat mak.
Tapi tak tahulah Allah izin ke tak.
Cantik mak, muda je, baju pun bersih cantik mashaAllah.
Ok lah mak bergembira dulu ya.
Sayang mak❤️

Adik

Tuesday, March 1, 2022

Coretan ibu (throwback)

1/3/2018

Alhamdulillah makin ceria dan bahagia keluarga kami dengan 2 pasang cahaya mata.
Ada yang bertanya, macam mana handle 4 anak yg agak rapat ini?

Alhamdulillah suami saya terlalu banyak beri bantuan dan sokongan. Teruk rasanya diri saya dalam keadaan saya tak menjadi isteri yg baik, dia selalu cuba jadi suami dan ayah yg terbaik utk kami. 😥
Ya Allah rahmati dan lindungilah suami saya sentiasa, amin.

Allah itu Maha Adil. Sekarang, saya dah boleh harapkan anak pertama dan kedua. Abang kakak dah boleh bantu uruskan adik2, ambil itu ini, pegangkan itu ini, tolong jaga tolong layankan adik2.

Kadang2, saya terbandingkan anak2. Contohnya, anak yg itu paling senang jaga, anak yang ini paling banyak berjaga malam,anak yang itu paling lucu, anak yg ini begitu2, anak yg itu begini2. Saya tersedar, membezakan anak kah aku?

Benda tu antara yg paling saya takut terbuat, n i know how hurt it is😥

Saya cuba ingatkan diri, kau tak boleh bezakan diorang. Ingatkan diri kau kena sayang diorang seadilnya. Memang kadang2 ada anak yang menggeramkan, kelemahan itu ini, tapi itu semua reflect dari diri saya dan suami sendiri. Adaa lah salah kami apa2 tu.

Ada orang kata, setiap keluarga memang ada favorite child. Kena terima ibu bapa memang ada anak kesayangan dia.
Tapi saya tetap taknak percaya memang2 tu. Pilihan di tangan kita ibu bapa.
Nanti terbawa sehingga ke cucu pula, anak favorite child kita, jadi favorite grandchild. Tak nak lah begitu kan.

Saya harap saya dapat terus yakin bahawa setiap anak ini anugerah terindah, ada kelemahan masing2, bukan anak sahaja akan disoal apa baktinya terhadap ibubapa, tapi terlebih utama adakah kita dapat membesarkan anak2 ini menjadi org yg akan berbakti itu? Yang akan sentiasa mendoakan ibubapa. Yang akan membantu ummah.

Dan di sana nanti kita akan disoal tentang tanggungjawab sebagai ibubapa. Gerun kan?
Beratnya amanah ini. Zaman kini pun sudah pelbagai penyakit dalam kalangan ummat. Allahu.

Bukan aim saya untuk miliki anak yang ramai. Sekarang pun sudah merancang haha.

Doa saya, ya Allah kurniakanlah kami anak2 yg soleh solehah baik sihat bijak, yg akan mendoakan ibubapa mereka hingga akhir hayat mereka, dan akan menjadi pembela ummah ini.

Dan mereka hanya pinjaman.
Syafaqah terhebat itu saat kita telah memberikan yang terbaik untuk anak2, dan nanti kita tak harapkan balasan dari mereka. Susah kan?

Itulah kerja kita, anak2 yg dibesarkan dengan baik dan terima didikan yg baik,
Akan jadi anak yg baik dan akan cuba beri yg terbaik untuk kita nanti.
Ikut kemampuannya.
InshaAllah.

And I believe quantity is just a number, quality really does matter.

It all starts from us.

Moga kita dapat jadi ibubapa yg baik
Amin.

Yang benar,
Ibu garang.

Monday, February 28, 2022

Oyen

We have 9 cats now. We started with the biggest 3 oyen omot and omel. Omel left us in the early age.
And we took baby. The 2nd generation we got kaka kiki and koko. And the third is baby's kitten tata titi toto.
We love them and care for them.
We give them vaccination accordingly.

Now oyen is missing. We have no idea of his whereabouts.
May oyen is still alive and find its way home.
Oyen gomok ibu.. balik la ye😭

Friday, February 25, 2022

Back to blogging?

Just need a place to share those
It has to be exclusive
Not to be liked neither for trend nor popularity
Just went through my writings in the notes
What has been happening these few years
At least for my husband and kids
Thanks for understanding ibu

Love,
Ibu

Selangkah cinta

𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒉𝒍𝒊 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂𝒎𝒖
𝑼𝒕𝒖𝒔𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒔𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖
𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒎𝒖
𝑨𝒎𝒃𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒉𝒖
𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒉𝒂𝒕𝒊2 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈
𝑴𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒏𝒈
𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒌𝒐𝒏𝒇𝒍𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒕𝒂𝒂𝒏
𝑴𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏

𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂
𝑫𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂
𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒂𝒇 𝒊𝒕𝒖 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊𝒏𝒚𝒂
𝑷𝒆𝒓𝒈𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒌𝒂𝒓𝒍𝒂𝒉 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂
𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝒊𝒏𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂
𝑴𝒐𝒈𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖
𝑫𝒊𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂
𝑫𝒊 𝒔𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒂

𝑨𝒎𝒆𝒆𝒓𝒂𝒉𝑫𝒊𝒂𝒏𝒂110821

Kekasih sejati

Rindukah kita kepadanya
Tak pernah bersua
Tak pernah bertentang mata
Dia yang mengasihi kita
Dia yang boleh beri syafaat pada kita
Saat kita terkapai di sana
Tenggelam dalam dosa
Sunnah sering dilupa
Maksiat berleluasa
Sama2 kita berselawat kepadanya
Sebelum belajar, sebelum mengajar
Ketika memasak, ketika basuh pinggan
Sebelum tidur, ketika mula memandu
Waktu sedih dan gembira
Waktu buntu dan terlupa
Waktu sempit dan selesa
Moga kita dipandu semula
Ke arah yang dirahmatiNya. 

Gersang

Thursday, May 7, 2020

Recite Al-Quran with Teacher Diana: Surah Fussilat 1-11





Assalamualaikum. Hi jom mengaji.

13:59 silap cakap bukan tanwin.. tapi " huruf alif wau ya"



Moga bermanfaat~

Tuesday, April 21, 2020

Saat terakhir

Aku masih ingat detik waktu aku baru tahu tentang penyakit mak. Mak disahkan menghidap kanser hati 2 tahun lepas. Doktor kata jangka hayat mak dalam 3 bulan hingga 3 tahun.

Saat itu, aku kat rumah sendiri. Mak pula di rumahnya. Aku tak terus hubungi mak.
Aku longlai. Aku lemah. Aku rebah.
Aku menangis tak henti selama beberapa jam.
Penyakit yang selalu aku dengar menyebabkan kematian, termasuk nenek, atuk, pakcik makcik aku yang telah meninggal dunia dulu. Sekarang kena kat mak.

Bila jumpa mak, kami buat macam biasa. Senyum berlawak berborak. Mak pun nampak okay.
Pada peringkat awal, mak jarang nampak tak okay. Even sampai beberapa bulan sebelum mak pergi, mak masih ada buat kerja di dapur. Mak kuat. Kami balik rumah mak lebih kerap. Nak jenguk mak selalu.

Mak tu baik sangat. Mak tu, wanita yang paling sabar dan baik yang pernah aku jumpa seumur hidup aku.
Mak tu selalu dahulukan orang lain. Mak selalu fikir nak makan apa, make sure ada makanan setiap masa. Mak sangat susah nak marah. Mak selalu sabar dan lemah lembut je. Mak cakap pun aku selalu tak dengar sampai kena dekatkan telinga. Mak tu kalau sedih taknak orang tahu. Kalau sakit dia akan tahan selagi boleh. Itulah mak. Moga Allah rahmati mak.

3 hari sebelum mak pergi, kitorang bawak mak balik rumah kitorang. Ini idea asal along sebab rumah along dekat dengan rumah aku. Along kerja sendri, so dia nak jaga mak siang kat rumah aku. Malam aku jaga. Aku nak jaga mak. Mak jenis tak suka gi rumah orang lama2. Tapi alhamdulillah mak nak jugak datang rumah aku.

Mak memang nampak lemah sejak seminggu dua sebelum tu. Siang2 risau takde orang jaga mak. Abah pun kekadang nak me time dia. Sebab tu kena ada gak anak2 yang jaga mak.

Malam pertama, 12 januari 2020, Ahad malam. Aku tidur dengan mak. Mak cirit birit sejak beberapa hari sebelum tu lagi. Mak pakai diaper. Macam biasa kitorang tolong mak salin diaper and pimpin mak jalan. Aku gi kerja macam biasa.

Malam kedua, 13 januari 2020, Isnin malam aku tidur dengan mak lagi. Aku risau kalau pape jadi kat mak. Kitorang belum beli bell. Malam tu mak tak lena tidur sebab batuk2. Aku pun gosok2 mak sekali sekala je. Mak tidur duduk, kena tinggikan kepala baru okay sikit.

Malam ketiga, 14 Januari 2020, Selasa malam. Aku tidur dengan mak juga. Aku berazam nak selalu tidur dengan mak. Malam tu, mak demam pulak. Mak gigil2 merintih and sejuk2. Aku selubungkan mak. Bagi mak ubat, aku sempat rakam and wasap adik beradik dalam pukul 4pg tu. Lepas tu mak okay sikit.

15 januari 2020, Rabu petang aku balik kerja macam biasa, agak penat sebab Rabu hari cocu kat sekolah. Masa tengah buka tudung kat depan cermin, aku boleh nampak pantulan mak tengah baring kat katil.
Mak tengok aku, mak kata "tu siapa? Aida ke along?"
Aku dah pelik. Kat cermin tu aku la. Aku kata, "ni adik la mak".
Mak diam toleh tempat lain.

Along balik lambat duduk rumah aku lagi. Malam tu, mak macam tak okay je. Merintih, tak sedap badan. Kejap mengiring ke sini kejap ke sana, kejap2 ubah posisi. Aku gosok2 urut2 mak.
Aku tanya, "Mak sakit kat mana? Mak nak macam mana ya?"
Mak kata, "Tah la mak nak mati dah kot".
Aku and along berpandangan. "Ishh mak ni jangan la cakap macam tu."

Kitorang dah tak sedap hati. Rasa kena bawak cek doctor. Tapi mak tak larat. Kakak kat rumah lain pun terus call ambulans.
Sambil tunggu tu, sambil gosok2 mak. Ada sekali tu, mak tanya, "mana orang tadi dah balik ke?"
Aku and along berpandangan lagi. "Siapa mak?"
Mak kata, " tu orang ambulans tadi".
"Eh orang tu tak sampai lagi la mak. Dia otw kot", aku jawab.
Mak diam.

Itu antara beberapa benda pelik yang jadi.
Biasanya orang kata ada benda pelik jadi kalau orang dah dekat nak meninggal.
Aku tak nak pikir bukan2 sebenarnya. Aku tak terfikir pun benda tu tanda ke apa ke.
Bila mak dah pergi, baru teringat balik semua tu.

Tak lama lepas tu, ambulans sampai. MA tu check BP mak. Dia kata tak leh read, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah. Oksigen dalam badan mak kurang.
Aku ikut teman mak naik ambulans pergi HTAR, Klang. Dalam ambulans, aku tanya MA tu. Dia kata so far mak okay. Alhamdulillah lega juga, aku pun taknak fikir berat2.

First time naik ambulans. Sampai je hospital, mak ditolak ke unit kecemasan red zone. Aku pelik juga kenapa tolak mak ke red zone? Teruk sangat ke keadaan mak? Aku tunggu luar, tak boleh masuk.

Sesekali, doctor jumpa tanya2 tentang mak. Health report mak apa pun tak bawak sebab semua ada kat abah. Aku tengok ada orang yang masuk2 dalam tu, guard benarkan. Dia kata kejap2 boleh.
Masa tu abah, akak, abang dah sampai.
Aku pun masuk jumpa mak. Kesian mak. Ward tu crowded. Ada yang kat katil, ada yang kat wheelchair, ada yang kat katil bawah termasuk mak.
Aku senyum manis tengok mak. Mak nampak je aku, mak terus kata ,"kenapa adik tak masuk dari tadi?"
Sedih aku.
Aku kata,"Orang tu tak bagi tadi. Rupanya boleh masuk sekali sekala".

Mak sejuk. Aku selimutkan. Aku beli air bagi mak minum. Aku suap roti mak keluarkan balik.

Doktor bagitahu, tahap gula mak makin rendah. Aku cerita la, mak tak berapa lalu nak makan/minum. Dia kata cuba je.

Sesekali kitorang ada bergilir masuk jenguk mak sepanjang beberapa jam tu. Lama betul menunggu.
Aku ada tidur kat dinding kat tepi ruang menunggu tu..
Sempat aku tukarkan diaper mak dengan kaksu, ada sesekali aku masuk duk tepi mak, aku gosok2 tangan mak.
Mak serba tak selesa. Semua posisi macam tak kena.
Aku tolong mak ubah posisi, nak kebelakangkan mak tapi tak larat berat sangat.
Aku tak tahu aku yang lapar/letih/ngantuk sangat ke atau jasad mak memang dah berat masa tu.
Last2 aku panggil abah, abah ubah posisi mak sama2 dengan nurse.
Masa tu, aku tengok mak macam dah lain sebenarnya. Eye contact mak tak tepat. Muka mak nampak sembap dan pucat sangat.
Itulah last aku jumpa mak dalam pukul 5.30pg.

Lepas tu, aku pergi surau solat subuh pastu aku baring kejap kat surau nap kejap sampai 6 lebih..
Pastu abang and abah pulak pergi solat.
Aku duduk sorang kat ruang menunggu jaga barang2.

Tiba2, doktor panggil. "Waris Rahmah! Waris Rahmah!"
Aku pun kelam kabut bangun and angkut semua barang.
Doktor pun tanya tentang mak, stage berapa, keadaan sebelum ni dll.
Semua doc yang attend mak and jumpa waris mak, akan tanya soalan2 macam tu, sama dan berulang2 kengkadang.
Tapi takde sorang pun nurse atau doc yang inform kata keadaan mak dah makin merosot ke, boleh panggil family dtg ke.
Bila aku tanya pun, doc tu kata so far mak okay, kita tunggu result dari bahagian perubatan dulu bla3.
Aku pun  tak faham procedure hospital ni hmm.
Okay sambung pasal aku dengan doc yang panggil waris mak tadi.

Masa dengan doc tu, aku acah buat cool tapi tak tahu kenapa jantung aku berdegup kencang.

Tiba2 doktor cakap, "Sebenarnya tadi jantung mak awak terhenti".
Aku keliru. Speechless. "Okay, so?'
Aku harap nak dengar doctor kata dah buat something kat mak, jantung mak dah okay.
Tapi doctor cakap, "Mak dah takde"
Aku double speechless. Sorang2 dengar berita ni, aku lemah. Gelap dunia.
Doktor ajak tengok mak. Aku tak kuat.
Tiba2 abang lalu, nak jenguk mak la tu. Aku tangkap lengan abang. Doktor cerita kat abang dan kami menangis kat situ. Abang pujuk aku.

Aku announce kat whatsapp group family suruh semua datang sekarang, mak dah takde.
Abang call abah yang otw balik dari surau.
Kitorang ber3 masuk tengok mak.

Mak dah takde. Betullah mak dah takde. Aku tengok mak. Itu jasad mak je. Kitorang bacakan AlFatihah kat tepi mak. Pegang mak, usap mak, mak dah tak respon. Aku rasa macam tak percaya.
Terhenti hubungan fizikal aku dan mak, terhenti segala doa dari mak untuk aku, terhenti segala peluang untuk aku berbakti kat mak, terhenti segala peluang untuk aku dengar suara mak, salam atau peluk mak, terhentilah segalanya.

Kesian kat mak pergi sorang2. Doktor kata mak takde meronta, nampak senang je pergi. Doktor ingat mak tidur tapi tiba2 jantung terhenti. Dah ajal dia.

Maka beginilah rasanya kehilangan orang yang paling aku sayang. Pastu kami disuruh keluar utk urusan seterusnya.
Kami sambung menangis di luar, tunggu ahli keluarga yang lain. Aku call kakak2 aku, semuanya jawab panggilan dalam tangisan.
Setiap kali berpelukan, tiada apa yang dapat diungkap. Hanya mampu menangis bersama.

Selepas beberapa jam, kami dapat tengok mak. Nak mandikan mak di bilik mandi mayat.
Mak cantik, muka mak tenang. Bibir nampak kering sikit. Aku kesal aku tak bagi mak minum banyak2 masa di red zone.

Kami mandikan mak, tolong ustazah kafankan mak. Mak cantik, kemas pakaian mak. Dalam tangisan, kami tersenyum puas. Aku harap mak nampak kami mandikan mak. Aku harap mak happy.
Dulu mak tak cakap direct tapi aku tahu memang harapan mak nak anak2 sendiri yang uruskan jenazahnya.

Mak dibawa ke rumah Segambut dan disolatkan di masjid sebelah rumah. Lepas tu dikebumi di tanah perkuburan dekat dengan rumah. Alhamdulillah semua lancar, cuaca pun baik.
Kami masih menangis, masing2 dah bengkak mata.

Kami bacakan doa, taburkan bunga, dan siram air pada kubur mak.
Di situlah rumah baru mak. Mak tinggal sorang2. Mak akan disoal oleh malaikat.

Kini, sedar tak sedar, dah 3 bulan mak pergi. Aku harap mak bahagia di sana.
Aku harap Allah ampunkan segala dosa mak. Allah maafkan mak. Allah rahmati mak kat sana. ameen.
Seindah namanya Rahmah, dialah yang jadi pembuka rahmat bagi kami sekeluarga.
Aku harap mak dikumpulkan dengan roh2 orang soleh di sana.
Aku harap mak terlepas dari siksa kubur dan neraka.
Aku harap mak telah dimaklumkan tempatnya di syurga dan akan dimasukkan ke syurga nanti.
Ya Allah, lindungilah, bahagiakanlah dan muliakanlah ibuku di sana...

Rindu yang takkan terubat. Kasih yang takkan pernah terpadam.
Akan ku titip doa buatmu, siang dan malam.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Alfatihah buat ibu tercinta dan termulia, Rahmah bt Mohd Jono ( 21/1/1951 - 16/1/2020)

Begitulah 4 hari aku jaga mak.
Rupanya itulah 4 hari terakhir aku bersama mak.
Aku bersyukur and ramai yang cakap aku beruntung.
Tapi banyak yang aku kesal dan terkilan. Tapi takpelah dah ajal mak.

Tolong doakan ibu saya.
Semoga tulisan ini terus jadi kenangan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih.

Friday, November 1, 2019

i meet

i meet people
different2 people
some have pride in themselves
some does not empathize
some treat others differently
some dont care about you
some gang up on you
some leave you after they find more fun friends
some protect their friends in wrong way
some cannot admit mistakes
some talk to others only when they need something
some didnt reply when we greet them
some does not even look at the person who tries to smile at them
some is too confident
some is arrogant
some is egoist
some never apologize
ive had enough
enough is enough
i just need to be tough
keep calm and eat currypuff
bye

Tuesday, October 29, 2019

i write

i have uninstalled twitter and instagram
yahoooo
hopefully things will get better
sorry blogspot, i dont treat you nicely
hope you still can be here for me
i think
i learn
i write




if you know me and read this cuz you care, thank you i love you

all is new

ive tried
i tried so hard
i was stuck
so i stopped
i cared too much
it ate me in the inside
they dont have good sight
nothing was at the dark side
i dont wanna be a fool
i have to be so careful
things that are colourful
doesnt mean they are wonderful
everything looks new
i must change too
let me get this through
give me some space
to have some peace
if i still cannot believe
i would leave

lari

aku begini kau begitu
aku diam kau bicara
aku nangis kau tertawa
aku berfikir kau menyindir
aku resah kau tak kisah
aku letih
bukan disisih tapi menyisih
biarkan aku
sendiri
mencari erti
dalam meditasi
menyusuri duri
dalam hati2
berlalu hari
hari demi hari
biar pergi
berlari

. ameerah diana . cyberjaya .

Thursday, August 15, 2019

aku dan dia

bismillah. hi..!

i wanna share something. usually i dont tell too much coz im worried people would follow us without knowledge. any questions, plz ask.

it started at our secondary school. then masuk uni sama.
me and husband got married at the age of 20. now its 10yo marriage alhamdulillah. we were schoolmates.

things yang dia suruh saya buat sejak sekolah:
1. pakai armsocks.
2. gelak tutup mulut.
3. jangan gedik2.
4. tutup aurat elok2.

over tak haha. stress gak dulu.
tapi dia ni mmg mcm betul2 nak kahwin dengan aku je.
kalau dia tinggalkan aku bila dah bentuk aku mcm ni, mmg sakit hati ah.

break? banyak kali.
gaduh? selalu. (sampai sekarang hahaha gaduh2 mulut la)
kitorang kaya? tak.
awal kahwin hidup susah? yes.
banyak ujian dalam marriage? yes.
dia jodoh? hati rasa.

doa bertahun2 sebelum kahwin:
"Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu"

inspired by lagu permata yang dicari - dehearty

my fav nashid tu

lagi satu, doa macam ni:
"jika dia terbaik untukku dan aku terbaik untuknya, permudahkanlah jodoh kami".

doa la macam tu. we dont know whos and whats the best for us.
things/persons we like might not be good for us, vice versa.
so we ask from Him The All-knowing.

jangan tertipu dengan nafsu.
be careful if u like 2 3 4 persons at one time.
bukan nak promote kahwin muda.
score studies dulu.
buat apa2 mesti kena ada redha n restu parents.
ada org excel in studies n career even kahwin muda.
tapi jgn lupa, ramai juga yang divorce.

people tunjuk yang indah2 aje.
takkan tengah gaduh, tukar diapers anak, backpain masa pregnant, berjaga malam anak meragam, problems dengan family members,  semua nak amik gambar/video kan haha.

what we need,
patience.
trust.
truthfulness.
honesty.
communication.
care.
tolerance.
togetherness.
faith.
faith.
faith.

responsibilities tu memang berat.
its our amanah.
we dont want to be together in this world only,
we want to be together till jannah.
is it easy? no.
we have to bear the bitterness of this life if we want to taste the sweetness of the paradise.

keep calm and remember Allah.

take care.

Saturday, August 10, 2019

at the hospital

being at the hospital we can learn many things. what i learnt:

1. sakit x kenal usia. 28yo lady next to mak's bed skin cancer terminal stage. she has a small child

2. a husband's love and care. her husband sits there patiently. adjust the bed, her head, her pillow. im touched.

3. patience. be patient to help mak at the toilet, to take wudhu, to move, to walk, to feed her etc.

4. pray even when we are sick.
another makcik always solat on time, helped by her son. he inspired me to help mak too.

5. pray. a few times met a makcik (womb cancer patient) at musolla. she always waits for the next waktu. when i finished maghrib, she asked to stay and wait for isha. i said ill come again.

those cancer patients are so strong.
may Allah cure all of them. amin.

mak got cancer because of one illness.
im also having the same illness, i got it from mak.
hope i can be treated early. am on trearment now.
please be nice to me, i am a bit fragile.

stay kind, healthy and young pipol!

take care.

Friday, July 26, 2019

i learn

i learn that even when we value people,
some could not even see us
i learn that some people would just be with with us if they dont have anyone else.
i learn that human tend to see people's flaws and mistakes before theirs.
i learn that some people are good only in the eyes of certain people.
i learn that we may disagree or argue on things, but we still have to respect each other.
i learn that there will still be some people who dislike us even we have tried a lot to be good.
i learn that some people would just agree with certain people even on things that are not right.
i learn that some people were born to impress others.
i learn that some people wanna look good in the eyes of others.
i learn that there is some people who dont know how to appreciate others.
i learn that we have to have empathy even everyone else doesnt.
i learn that i should keep learning.

Friday, June 14, 2019

tenda biru

I found this awesome recording of "🍃🌼🅃🄴🄽🄳🄰 BIRU💗" on #Smule: https://www.smule.com/p/1005608634_2874854253

#singing is her therapy

Thursday, May 30, 2019

Special for you

ure like a sister and a friend,
i feel comfortable with u,
u inspire me n motivate me in many ways n sometimes by saying nothing.
when i said: i feel incomplete without ur presence n we need u, i really mean it..

u accept me as who i am,
ure always open n be there when i need ur help n consultation,
u always appreciate my effort,
u make me appreciated,
u make me see myself in a better way,
Ure 1 of the reasons i stayed at current department,
Ure the one who convinced me that im needed there,
Ure the reason i put aside n hold my passion,
Ure the reason i stand my current job nature,
U always support me when i make decisions,
Ure always with me when no one cares about my points,
U always try to understand me when no one does,
u always give us chances and guide us to improve,
ure a strong lady n a good example for all of us,
and ure our role model.
A good leader doesnt need to instruct much but people will just follow, so you are.
thank u so much..

thank u for giving me ur trust,
thank u for giving me the awards last time,
thank u for ur acknowledgment towards me,
thank u for every single thing that uve done for all of us and the school.

thank u so much for all your hard work, effort, support, love, care, advice, and motivation.
jazakillahu khoir. may Allah repay u with goodness.
may Allah bless u and ur new journey.
may Allah forgive and guide us always.
Amin.

-Diana-

Thursday, May 23, 2019

Pageviews mencanak

Hai. Cerita dia pageviews blog ni mencanak naik pasal post pegawai tadbir n41 tu..
Ingat nya ada orang stalk ke apa.. haha.
Selalu sebulan 6 pageviews je weh hahahah..
Kali ni seminggu 600++ ..

Memang tengah nak ada interview ke?
Yang saya tahu sekarang tengah hot PTD kan..

Anyhow, all the best people..

Siapa nak jadi cikgu meh la try..
International school at Cyberjaya..
Abedeen Academy..

mana tahu kalau saya berhenti ke, boleh ganti saya.. #tetibe

Salam ramadan..



Wednesday, May 22, 2019

Perempuan


Jangan gedik sangat.
Jangan perasan.
Jangan seek attention sgt.
Control macho sikit. (acah2 je macam saya)
Jangan bagi lelaki sentuh.
Jangan usha lelaki sgt.
Jangan mencarut.
Lelaki cool2, u lebih2 kenapa.
Lagi mahal, lagi bernilai.
Kalau nak love laki, biar serious.
Kalau nak ada relationship, aim untuk kahwin.
Cover aurah elok2.
Biarlah muka cantik, perangai pun cantik.

#selfreminderjuga
#sisnasihat
#nasihatsisuntuksis

Sunday, May 19, 2019

The reason

Ure the one who always appreciate my effort,
Ure the reason i stayed at current department,
Ure the one who convinced me that im needed there,
Ure the reason i put aside n hold my passion,
Ure the reason i stand my current job nature,
Ure always there whenever i make a decision,
Ure always with me when noone cares about my point,
U always understand me when noone does.

If ure not there anymore
How could i stay strong
What and who else can motivate me
Could i stay and move on?

Friday, May 17, 2019

am i okay?

when im not okay
you can see from my face
so do not ask me if im okay
coz ill say that im okay
im tired of lying

when i pretend that am okay
sometimes i try to smile at people
to care about people
just to forget about my emptiness
but when people dont appreciate me
ill be upset
i know i shouldnt
im just so bad
coz its the sign i didnt do it for the sake of Allah

everything was okay
the one is not okay is just me
i also dont understand my heart
im losing someone
im losing my strength
im losing interest in many things

sometimes i need to scream
or maybe i need to sing
or maybe i just couldnt do anything
coz i cant change things

to those who smile at me
make me smile
care about me
make me laugh
talk to me
make jokes with me
appreciate me
thank you, i love you.


Wednesday, May 15, 2019

Rainbow

Sometimes when it rains heavily with thunder and lightning,
we are in sorrow.

When they gone, only then we notice Allah wants to give us
the beautiful rainbow.

Sunday, May 12, 2019

Mak is cancerfree

Alhamdulillah, a few days ago mak was declared as cancerfree.
We knew mak has cancer last year, during the last ten days of Ramadhan.
And we knew that its a test from Allah, it was from Allah.
Now, Allah has taken it out from mak's body. This all is his decree.
I was at school when i heard this good news. And i was happily crying.
Stay strong mak.
Thank u to everyone who have ever prayed for my mom.
Stay healthy, take care guys.
Do show your care to your loved ones.
Tell them that u love them.
Hug and kiss them.
Hopefully Allah gives us so many years to spend with them.

May Allah protect, bless and forgive us.
Amin.

Alhamdulillah, thank u Allah.

Wednesday, May 8, 2019

Let go

Sometimes.
If u dont remember what u did,
it means u didnt mean it.
Seems like nothing's significant.
I wont remind then.
Its better not to talk about it.
If we can just let go.
Its good.
Im good.
I dont wanna know.
I wont ask more.
I wont open the door.
Keep it on the low.
Just dont let it show.
We'll just leave it as so.
We are good, yes or no.
Yeahhh.

Monday, April 22, 2019

As a teacher..

Lately i heard about teacherstudent special relationship.
I believe its not impossible.
I ever heard people get married to their teacher.

As a teacher, i do admit we prefer some students over others.
We feel comfortable with a few.
And sometimes we just have that chemistry.
When im being caring, i do really care.
I also notice that, if we care for them, students will acknowledge us.

But to me, we should know our boundaries.
We have to control our feeling.
We have to care for, educate and motivate our students as they are our students, our responsibility.
We want them to be good people, good muslims, inshaAllah.

In current workplace, I was meant to teach secondary students when i first came.
But i was covering year 3 class as the previous teacher went missing in action.
After a while, I started to love primary kids and decided to stay at primary.

This is my first experience handling lower primary kids. Is it challenging? Oh, even tiring.
Do i only care about my own students?
No. I do care about all students in the school.

We teach and educate.
Great future leaders, we generate.
InshaAllah.

Teacher Diana.
Abedeen Academy.

Saturday, April 20, 2019

Be honest

Do confess. Be true. Be honest. You will deserve my respect.





Abedeen Academy Tilawah AlQuran Event

Yesterday we went to KLCC to watch this event live. Its a school trip. My friend and I went there early to cop tempat. We were tired but we had good experience, we had good time.











Penat sampai student pun masuk dalam mimpi. Haha.

Lets love Al-Quran, dear friends and students.

Much love,
Teacher Diana yang look young😜



A teacher

We teach
We care
We love
We inspire
We motivate
We support
We educate
We share
We favor. Even we are not supposed to. Haha.
We get mad.
We get tired.
We do have feelings.
We have good days.
We face bad days.
We try.
And try.
We move on.
And move on.
We want to see you be a good person.

💜💜💜

Sunday, April 7, 2019

Be true Be kind

Theres a straight line
Make a hand sign
Keep this in mind
Try to be kind
Not only to people we like
But whoever comes into sight
People have their own fight
Thats the unseen side
During day and night
Your smile is bright
It may shine peoples heart
We have to believe
This is how we live
Not only to take but to give
Be kind be positive
Though its hard
Though people throw you mud
Some just dont care
Some cause you nightmare
Some cause pain you couldnt bare
Some isnt always there
Walk a hundred mile
Lend people your smile
Move on
Life goes on
Be kind
InshaAllah, the reward is on

Saturday, April 6, 2019

Ku dongak ku perhatikan

Ku dongak ku perhatikan
Indahnya awan
Bersatu mengumpul air hujan
Bersama menanggung bebanan
Berkorban mendung kehitaman

Indahnya awan
Taat perintah Tuhan
Saat waktu ditepatkan
Lepaskan air yang dirahmatkan
Membelai insan dan hidupan

Indahnya awan
Berpisah memberi laluan
Untuk sang mentari
Kembali bersinar menerangi
Sang bumi Ilahi

Indahnya awan
Bergerak membikin fungsi melunas misi
Berganding demi solusi
Biar minda bisa adaptasi
Bisa kan jadi satu meditasi
Bisa kan jadi terapi
Buat hati yang sepi basi tak berisi

Indahnya awan

Paling indah lagi
Tuhannya Robbi
Tuhanku Maha Suci
Pemilik awan dan mentari
Penjaga langit dan bumi
Pentadbir alam nan seisi

Paling indah lagi
Cinta tertinggi
Ya Rahman Ya Hadi Ya Baqi

Ameerah Diana.
Cyberjaya.
06042019.

Sunday, January 20, 2019

This is life

We are here in this world to be tested by Allah.

There are some people who love us, there are some who hate us.
There are some people who can accept our flaws and accept us as who we are, there are some who wont see the good in us and even dont want to see it.

The only thing that we can do is just know who we are, try to be kind to others and move on.

Forgive people even they dont apologize.
Apologize to people even if we dont make any mistake.

Allah states in surah Al-Baqarah, its better to forgive others rather than you give them something then later you hurt them.

Sometimes, its neither my fault nor your fault, but its just that we dont have kimia. Huhu.

But to me, i will try to treat everyone equally and accordingly.

My principle, if you can treat me well, i will be nice to you.
If you can be nice to me, i will love you.
If you love me, i will love you more.

From inside,
Ameerah Diana
20012019
Segambut

Friday, October 26, 2018

New journey at Abedeen Academy

Bismillah. Ive been working at this school almost for 2 months. Alhamdulillah everything went well and ran smoothly.
I supposed to be at the secondary and teach Economics but now im happy handling year 3 students. They are nice n obedient students.
I cant believe how can i be accepted as a teacher here. I feel like i am the least qualified because other teachers are very committed and experienced. I hope I can learn from them and help each other in developing our students. Alhamdulillah.
This is a good workplace as we can improve and practice our English, dealing with innocent little angels, contributing to the ummah, and developing good world leaders, inshaAllah.
This is a good place to send your children because we provide interactive learning, emphasize on islamic values and develop leadership skills in them.
Alhamdulillah.
Have a blessed Jumuah everyone.

#abedeenacademy

Sunday, September 9, 2018

Im not ready

I texted mak this morning n told her that ill be coming today.
Its good to hear that bcoz i miss u, sometimes i cry, mak said.
My heart melted and i was about to cry.
It really touches me to the core and i feel bad since i couldnt always be there for her next to her as much as she needs me.
My sister told me that mak's cancer has spread to her lungs. I never ask to hear this and i wish this was not true.
There might be something wrong somewhere.
I wish mak will stay strong for many years to come.
I wish mak will fight her cancer and survive.
I wish i would still have many years to see, hold, hug and kiss her.
Im scared of losing her.
I cant imagine a life without her.
Oh Allah, please protect, cure and bless my mak.
If u read this, i beg u to pray for my mak,rahmah bt mohd jono.
Please pleaseee i beg u, i beg u.
Thank you. Jazakumullahu khoir.

Saturday, September 8, 2018

Interview Questions for Teacher Position

When i was young, i wanted to be a lecturer. But so far i never get that chance and as we know its not that easy to get hired only with your degree. When i got married early and have two kids when i was graduating, i think i wont go for masters degree haha.
My first job was being a teacher at a private school. It was the starting point when i decide to embark career in education field. Without realizing it, i got teaching skills and my passion in teaching blooms. It was challenging for first timer though. Unfortunately, i left that school after one year and after that started tutoring students at tuition centre and home. Ive been trying to stay in education path with a thought that its difficult to change to other fields once u started your teacher journey. Whats more if you are getting older and have many kids, haha!
I attended a few interviews for teacher position and the questions asked were / were something like:
1. How do u see yourself 5 years from now?
2. What can you contribute to the school/students?
3. How fast do u adapt to changes?
4. What are u gonna do if some of your colleagues resist to those changes?
5. What will you do to make sure students have good behavior?
6. Before this u were doing something else, then why are you going into teaching now?
7. What is your expectation from this school?
8. How well is your quran recitation? Most of them were islamic school hehe (some asks to rate yourself, some ask u to recite a few verses)
9. How to educate students who addicted to television/gadgets?
Dont forget to prepare for the mock teaching!
Lets try our best to be a good educator to help and motivate these young generations and contribute something to the ummah.
They will be the future leaders or perhaps our kids' teachers one day.
All the best!
Teacher Diana_
Proud to be a part of Abedeen Academy

#abedeenacademy

Tuesday, August 7, 2018

Adik teringat dulu

Masa anak2 taknak dengan aku,
teringat masa kecik aku selalu berkepit dengan kakyah(pengasuh) je, taknak manja2 dengan mak..

Masa anak2 taknak makan apa aku masak,
teringat masa kecik aku pernah campak botol mak buatkan susu, aku nak kakyah yang buatkan..

Masa anak2 cakap kasar dengan aku,
Teringat aku pernah cakap kasar dengan mak..

Masa anak2 taknak dengar cakap aku,
Teringat aku memang banyak sangat tak dengar cakap mak dulu, ini kepala ada batu duduk dalam.

Masa anak2 meronta2 nak benda,
Teringat aku pun macam tu dulu masa kecik hentak2 kaki nangis sekuat hati berguling2.

Masa anak2 macam tak kisah aku,
Teringat dulu aku pernah merajuk dengan mak sampai keluar pergi rumah sedara.

Terlalu lambat untuk aku merapat dengan mak.
Mungkin sampai selepas ada anak sendiri barulah aku sedar dan betul2 hargai mak.
Terlalu banyak detik waktu hari2 berlalu tahun2 berlabuh yg telah aku bazirkan begitu.

Hakikatnya mak tetap sama begitu sejak lahirkan aku hingga saat ini..
Mak yang sayang anaknya tanpa syarat.

Yang tak pernah bandingkan anak2,
Yang makan paling cikai supaya anak2 n abah dapat makanan yg banyak dan elok,
Yang sediakan macam2 masa anak2 balik ziarah,
Yang masakkan untuk anak2 walau anak2 dah berkeluarga dan boleh masak sendiri,
Yang jaga hati anak2 walaupun dia yang terasa,
Yang boleh dengar segala luahan/cerita aku sejak zaman sekolah rendah sampai lah sekarang,
Oh tak cukup ruang ni untuk aku tulis tentang mak.
Subhanallah itulah wanita terindah.

Kini, fizikal mak dah tak sekuat dulu,
Tangan dan kaki mak dah sakit2,
Mak dah tak dapat nak masak2 untuk kami,
Aku rindu masakan mak.
Kami 8 beradik belum tentu mampu nak balas dan jaga mak sebaik mak jaga kami.

Moga Allah beri mak kekuatan, kesembuhan, kemuliaan dan kasih sayangNya dunia akhirat.
Amin.

Maafkan adik mak.
Sayang mak sedalam qolbu.

Monday, August 6, 2018

Adik dan mak

Dulu masa kecik atau remaja, pernah je rasa tak setuju atau hati tu marah dekat mak atau abah..
Tapi satu cara aku terus pikir kalau lah diorang pergi, tak ke sedih.. Baru pikir dan bayangkan aje dah boleh nangis..
Tak dapat bayangkan kalau jadi betul2..

Aku rasa banyak sangat da nikmat Allah limpahkan pada kami sekeluarga.. Selama ni mak abah sihat dan kuat.. Tak de penyakit 3 serangkai.. Kalau sakit2 pun sakit angin, sakit pinggang ke lutut..
Alhamdulillah syukur.

Tapi lepas tau je mak ada kanser aritu, dunia gelap kejap buat kami sekeluarga..
Aku masih ingat pada waktu tu air mata aku tak berhenti mengalir buat beberapa jam..
Luruh segala kekuatan aku..
Longlai rasanya jiwa aku..

Biasa dengar orang lain dan sedara aje kena kanser, sekarang kena pada mak sendiri..

Sekarang lepas mak tak sihat, aku memang risau..
Tiap kali balik ziarah mak, aku tengok la ada apa2 yg lain tak kat fizikal mak..

Aku rasa macam ada..

Borak dengan kak aida kat dapur, aku tau menghadapi ujian2 dalam hidup dia tu jadi leboh berat untuk dia..

Kami mengangis bersama..

Mak.. Maafkan adik..
Sayang mak..





Saturday, July 28, 2018

Tried

Its better to try and fail than not to try at all.
I hope nobody fails me.

I feel useless many times, dont make me feel worse.

I wont do something that i cant afford.

I was just thinking of being there with them
I was just trying to do as much as i can.

I know im not rich, but there is always a man who always give me full support.

We are different, we have different journey, u wont know how i feel.

Being the youngest, got married early, got nothing to give, always burdening, hurting a lot, anxious of not doing enough.

Be grateful of your life journey, time,  money, good moments u had spent with them in ur life.
Ure just so lucky.

Thank you.

To tell my feeling is not a crime, i guess.

Thursday, July 19, 2018

Dontcha

Dont judge me if you dont know me well
Dont say im rude if you never make me smile
Dont say im a bad girl if you treat me as im really bad
Dont say im quiet if you never be approachable for me to tell thousand stories of mine
Dont say im manja if you never try to acknowledge my strength
Dont say im acting if you dont want to see me being hulk
Haha
Dontcha!

Wednesday, June 20, 2018

Hari raya aidilfitri 2018

Alhamdulillah selesai berpuasa sebulan ramadhan, aidilfitri disambut gembira bersama keluarga. Tahun ini pagi raya beraya di segambut, belah saya. Kami memang bergilir raya setiap tahun.

Kecuali ada situasi tertentu yang perlu kami tukar giliran,kami takde masalah untuk tukar dan sesuaikan dengan keadaan. Ini perkara yang kami bincang sejak awal kahwin, balik hari raya bergilir. Dalam Islam pun takde masalah kan raya bergilir ni. Hehe.

Tahun ini, anak no 2, 3, 7 dan 8 ada bersama mak abah. 4 beradik lagi belah mertua. Hari raya pertama ialah hari yang kalut sebab adik beradik abah akan datang beraya. Adik beradik abah pun 8 so siaplah bersilat hehe.

Alhamdulillah semua lancar.

Hari raya ke3 kami balik ke rumah mertua saya di bangi. Syukur kampung dekat2 ni kan. Hari raya ke4 dah nak balik ke shah alam sebab suami pun dah nak kerja. Rumah sendiri pun belum berkemas.

Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin.
Taqabbalallahu minna waminkum.
Semoga Allah terima amalan kita semua.
💜

Mak

Beberapa bulan yang lalu, mak disahkan positif hepatitis c. Selepas 10 tahun saya ada penyakit hep c ni, baru saya tau saya dapat dari mana. Most probably dari mak, sebab cara jangkitan hep c ni macam hiv, dapat dari ibu atau pemindahan darah atau hubungan seks.

Doctor suruh mak buat ct scan untuk cek liver mak. Result nya, mengejutkan dan sangat menyedihkan. Mak disahkan ada kanser. Unfortunately ketumbuhan tu da quite big, 7cm. Kalau less than 5cm, ada chance nak operate lagi.

Masa abah bagitau di group whatsapp family, ramai yg speechless termasuk saya. Saya terus murung dan tak berhenti menangis sampai sakit kepala teruk. Masa tu dalam 10 hari terakhir ramadhan. Seolah tepat masanya untuk kami rayu doa banyak2 kat Allah. Hari2 yang mensayukan.

Doctor ada bagitau,jangka hayat mak 3 bulan hingga 3 tahun. From one side, beruntunglah mak dan kami untuk bersedia. Tetapi dari sudut hati, luluh semuanya. Kami yakin Allah yang beri sakit ini, Dia juga yang berkuasa ambil semula sakit ini.

Dan saya, terfikir2 nasib diri. Buat masa ini tak tahu lagi status terbaru hepatitis saya. Just nak check viral load sekarang sebab last cek dulu lepas habis treatment tahun 2010, it was undetectable means sangat sedikit.

Hopefully all is well.
Semoga Allah sembuhkan mak, beri kekuatan kat mak untuk fight kanser,
Semoga Allah lemahkan dan matikan segala sel kanser mak tanpa jejaskan kesihatan mak yang baik,
Semoga kami semua kuat dan tabah hadapi ini.

Mak tetap mak yang dulu, yang tak boleh duduk saja, asyik nak buat kerja itu ini, mesti nak tolong2 kat dapur.

Mak tetap mak yang adik sanjungi dan cintai, ratu hati kami 8 beradik.

Allah limpahkanlah sebanyak2 rahmah kepada ibuku Rahmah, wanita terhebat ini.

Subhanallah alhamdulillah.

Monday, May 28, 2018

Episod duka

Jika marah, tahan.
Jika tak dapat ubah, maafkan.
Jika disalah erti, jelaskan.
Jika tak dihargai, teruskan.

Hanya Tuhan yg mengerti hati.
Jalan terus

Monday, May 21, 2018

Hati yang hidup

" Orang yang hidup, akan terasa apabila dicucuk dengan jarum tetapi orang yang mati tidak terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam.
Begitu jugalah dengan hati yang mati, tidak akan terkesan dengan sebarang peringatan walau pun banyak.
Tetapi hati yang hidup akan terkesan apabila diberikan peringatan walaupun sedikit."

[ Syeikh Ahmad Bin Idris رحمة الله تعالى ]

Monday, May 14, 2018

Pasca PRU14

Alhamdulillah, buat pertama kali sejak merdeka, kerajaan persekutuan yg selama ini dikuasai umno bertukar kepada Pakatan Harapan. Dalam sejarah, Tun Mahathir dilantik menjadi PM buat kali kedua. Sebagai pengundi PH, saya rasa bangga kerana telah menjadi sebahagian dari peristiwa ini. Subhanallah.

Dulu spm, 1subjek dapat C. Sejarah. 😩😣. Tak pasti kalau ada kaitan dengan kertas OMR masa jawab paper sejarah masa tu. Ada tertinggal 1 tak berjawab. Penjaga peperiksaan dah tunjuk suruh jawab pun saya tak tanda jawapan jugak, saya kata takpelah. (sengal jugak aku ni?🙆)
Btw, baiknya penjaga peperiksaan tu. Thank uu..

Kalau tanya psl sejarah, mmg banyak tak tau. Ni musim pilihanraya, Ada beberapa benda baru belajar balik:

1. Kerusi parlimen semua 222, nak bentuk kerajaan persekutuan perlu lebih half.

2. Kerajaan negeri pun sama, kena menang simple majority dari jumlah kerusi dun negeri tesebut.

3. Menteri besar diambil dr kalangan adun.

4. Parlimen tu dewan rakyat, kita panggil MP(member of parliament), dewan negara tu senator2.

Thursday, May 3, 2018

PRU14: Kenapa PH?

PRU14 semakin hampir. InshaAllah kami akan undi calon PH. Kenapa PH?

Kami nak tumbangkan BN. Kami tolak rasuah, penyelewangan, kezaliman dan ketirisan.

Macam mana nak ubah kerajaan?
Kita perlu menang lebih separuh dari jumlah kerusi parlimen. 222 bahagi dua. 112? Itu tak selamat, takut ada yg lompat, mungkin perlu 120 ke atas baru kemenangan itu secure.

Undi individu calon, bukan parti?
Ini memberi ruang kpd kerajaan BNumno untuk terus berkuasa. Pas keluar pakatan, sekarang dah pecah undi di situ. Bila masanya BN nak jatuh? Pemerintah yg tidak baik dan sistem pemerintahan zalim akan terus bermaharajalela.

Siapa nak dengar suara minoriti di parlimen? Akhirnya bergaduh jua di parlimen. Akhirnya, semuanya terikat dengan najib. Media, pdrm, sprm, spr, semuanya..? Alalhu.
Kerana itu, Kita mahu beri sokongan sepadu mungkin terhadap PH.

Kita perlu realistic, negara kita pelbagai bangsa dan agama.
Begitu juga suara parlimen, pasti perlu ada wakil rakyat yang mewakili masyarakat bangsa dan agama lain ini.
Islam tak suruh kita tindas mereka, inilah salah satu lorong dakwah inshaAllah.

Konsep undi calon mungkin sesuai utk undi calon dun, tapi tidak untuk parlimen. Itupun anda mungkin akan mendapat Menteri Besar dr kelompok BNumno juga, sebab MB diambil dr kalangan ADUN.

PH ialah gabungan yg paling ideal utk negara kita yg berbilang bangsa dan agama. Mereka bukan tak ada pembela2 agama Islam especially calon dari PAN. Manifesto pun menarik. Tak boleh nak janji banyak2, nanti takut tak tertunai, dan mungkin kekangan wang juga.

Kami bukan anti pas, tapi kami ragui kemampuan pas untuk memerintah negara. Tp dalam isu sekarang, kami akui banyak tak setuju dengan kata2 atau pendapat2 yg dikeluarkan orang2 Pas, buat kami makin jauh hati dengan Pas.

Tak takut ke DAP rampas kuasa? Negara kita ada perlembagaan, yang tak boleh diubah. InshaAllah agama n hak org melayu terus terbela. Saya nak cerita lebih tak reti sangat, sejarah C dulu. Haha. Tak mungkin ketua negara kita diambil dr nonmuslims. Nonmuslims ini biarlah mereka bela hak rakyat nonmuslims di Malaysia, mereka tak memusuhi kita, Islam ajar buat baik kepada mereka, biar nonmuslims nampak kebaikan Islam.

Mahathir jahat?. Kami bukan dah lupa kejahatan dia. Sekarang kami sendiri sedikit ragu motif dia melawan BN. Tapi beliau sudah 93 tahun kan, probability rendah bagi seorang atok tua nak menambah kerosakan, betul tak? Dia nak menjamin future anak2 dia, memang itu mungkin. Tapi dia dah janji nak betulkan kesilapan2 dia and selamatkan negara kita. Kita cuba percaya.

Satu benda yang saya tahu, beliau memang bijak, tajam pemikiran. Arwah nik aziz sendiri akui begitu, arwah pernah kata dia alu2kan kalau tun nak sertai pas. MashaAllah.

PH perlukan dia utk tarik penyokong2 umno dan masyarakat yg rasa terbela masa zaman tun dulu. Untuk kita ubah kerajaan yg sekarang. Hoping for better Malaysia! For our children's future.

Saya lihat saudara sendiri di kampung2, kasihan. Tinggal anak kecil di rumah, pergi ke kebun, kais pagi mkn pagi. Itu belum lagi masyarakat di pedalaman dan saudara2 senegara yg tak saya kenali yang lain.

Hidup di bandar pula, cukup2 makan. Rumah keperluan asas pun tak mampu nak sediakan. Capitalists control the prices. Ada yg bergaji rm9000 tapi kalau anak 4, semputlah. Kuasa beli makin berkurang. Dulu satu troli rm200 je, sekarang 4 5 ratus , berbeza dengan zaman dulu. Dulu gaji rm6000 dah kira kaya beb, sekarang sedang2 lah tu.

Marilah kita beri peluang kepada Pakatan Harapan..!
Kita akan disoal tentang pilihan kita di sana nanti.
Mari undi calon PH!

Ya Allah, berilah kemenangan kepada pihak yg paling layak dan sesuai dalam PRU14 nanti.
Berilah kekalahan kepada kumpulan yg banyak kezaliman dan kemungkaran.
Ya Allah Kau gagalkanlah segala kejahatan atau taktik kotor mana2 pihak untuk memenangi PRU nanti.
Berilah kemenangan kepada PH jika itu yg terbaik utk rakyat dan negara Malaysia.
Amin..

Allahuakbar!


Thursday, April 26, 2018

9th anniversary💜 25april

Alhamdulillah menjangkau 9 tahun usia pernikahan.

Betul lah Allah jodohkan kita dgn pasangan yang melengkapkan kita..

Suami memang beza dengan saya.
Dia baik, saya biasa je.
Dia penyabar(dengan anak garang). Saya dengan siapa2 pun garang. Haha.
Dia positif. Saya tgh belajar lagi jd positif kiki..
Dia simple. Saya overthinker, complicated.
Dan banyak lagi.
Nak highlight 1, saya jenis pelik skit(kot). Tapi dia pun pelik. Sebab boleh sabar hidup dgn saya these 9 years😭

Siapa kenal saya zaman remaja saya, saya org yg sensitif, emotional apa2 lah orang nak kata tu.
Tapi suami didik saya jadi lebih calm and cool.
Dia ajar saya selalu appreciate n thank people.
Dia ajar saya say sorry dulu.
Dia ajar saya to let go.
Tapi citenye dia ajar jelah, saya kkdg tak amik pengajarannye lagi. 🙆😅

Bila saya down, suami bg semangat.
Bila saya nangis, dia pujuk atau biar. Saya memang suka org bg ruang utk saya nangis.
Bila saya buat perangai, dia marah.
Bila saya ego, dia suruh saya minta maaf.
Bila saya ajak gaduh, dia pun gaduh. Hahaha.

Teman suka duka happy nangis ketawa berbual berdebat bergaduh semua lah.
Terima kasih ya Allah pinjamkan lelaki ini untukku.

Alhamdulillah.

Tuesday, April 24, 2018

Happy family

Live learn letgo n love.
Hari tautan kasih keluarga JasniRahmah
22april2018

Happiness is
When we can gather with our family
When abah gives advice and motivation wholeheartedly
When he delivers heartbreaking heartmelting speech sincerely
When he unexpectedly cry n say sorry
When we forgive each other
When we hug each other
When we cry and laugh together
When we can express our love and care
When we admit our mistakes here n there
When we agree to stop arguing
When we make crazy posings
When we can make our parents smiling
N when we can feel Allah's blessing
ThankYou Allah alhamdulillah3

Abangboy our hero n Abah the real hero.
Moga Allah ampunkan dosa2 kita.
Moga Allah kumpulkan kita di dunia hingga ke syurga bersama.
Semoga Allah terus sentiasa rahmati keluarga kita dan tautkan hati2 kita.
Amin.
Subhanallah alhamdulillah.

💜💜😭😭

AbahMak, all 8 siblings n inlaws, and 22 kids.
2org kat hostel, sorang tido🙆😄

😍😍😭😭💜💜


Wednesday, April 18, 2018

Harga sebuah maaf

Kadang2 kita bukan taknak atau tak boleh maafkan.
Tapi kita harap dia juga turut minta maaf dan sedar kesilapan dia.
Regardless of age.

Friday, April 13, 2018

PRU: Hukum undi calon bukan muslim

Artikel kalau tak panjang, bukan artikel mufti kl. Kiki. Terbaik.
InshaAllah menjawab keraguan rakyat Malaysia yg ragu nak mengundi. Jazakallah ust zul.

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2367-bayan-linnas-siri-ke-129-mengundi-calon-bukan-muslim-dalam-pilihanraya

Monday, April 9, 2018

Lidah manusia

Kita bisa saja berbalah, bersalah faham, tidak bersetuju,
Satu hari biiznillah kita mungkin akan berbaik inshaAllah.
Tetapi jangan sesekali kita mudah melabel dan menilai manusia.
Apatah lagi andai perkara itu tidak benar.
False accusations, bad sayings ttg org, tiada lain, hanya beri keburukan dan kebinasaan.
Jangan kita cuba ambil kerja Tuhan.
Kata2 yang buruk, akan beri kesan mendalam di dalam hati.
Akan meninggalkan parut yang kadangkala mudah bernanah kembali.

Bila orang cakap buruk tentang kita, benda tu benar, kita tak terima, itu masalah ego kita.
Tapi bila orang cakap buruk tentang kita, kita tau itu bukan diri kita, kita bukan seperti itu, itu akan jd sangat berat di hati, benda begini untuk diterima amat berat, kesannya juga berat terhadap hidup si penilai tadi.

Waimma andai benar apa yg penilai tu kata, org tu sesekali tak layak untuk menghina insan lain.
Siapa tahu siapa yg lebih mulia di sisi Allah. Mungkin saja org yang dihina lebih mulia di sisi Allah.
Siapa tahu mungkin pengakhiran hidup org yg dihina lebih baik dari si penilai tadi.

Kita bisa saja berasa marah, sedih, tidak puas hati sesama kita, tapi jangan sampai kita menghina.
Jangan sampai kata2 kita buat orang menitiskan air mata kecewa paling dahsyat dalam sujudnya.

Perihal pihak sana telah minta berdamai tapi ditolak pihak sini, itu tidak benar.
Boleh kemuka kan bukti bila masa pihak sini ada menolak.
Sedangkan kami telah cuba buka banyak ruang2 dan peluang untuk berdamai sekian lamanya, atau sekurang2nya kita mulakan langkah2 awal ke lorong perdamaian, namun pihak sana nampaknya seperti tidak terbuka hati.

Saat pihak sini telah cuba2 untuk hubungi, tanpa sedikit sebut tentang perselisihan, kami buat acah2 biasa, cuba turunkan ego serendah2nya, pihak sana lebih memilih untuk pandang negatif, dia ni apesal buat biasa plak dengan aku.
Saat kami dah cuba untuk memulakan salam,
kami cuba untuk hubungi dahulu,
kami cuba je cuba sambil bertebal muka,
kami cuba runtuhkan ego,
Cuba mengendahkan respon negatif pihak sana,
Ini semua yang dituntut Islam,
ini yang dijanjikan rahmat Allah bersama mereka,
ini yang dijanjikan kemenangan dr Allah, maka apa balasan pihak sana,
Di mana positiviti pihak sana,
Moga Allah ampunkan kita.

https://www.facebook.com/CocombeeCom/videos/1204972386274734/

Tuesday, April 3, 2018

Uninstall FB apps

Sebenarnya, dah lebih kurang sebulan buang fb kat handphone. Dah pernah buat dah dulu, tapi still tengok2 jugak kat chrome..biasa install balik sebab nak scroll gamba2 nak beli barang senang sikit haha.

Buang tu sebab nak kurangkan waktu tengok fb. Down sendiri nnt bila kita punya jadual as suri rumah tak teratur, pastu down sebab lagi byk pegang hp dari pegang Quran, astaghfirullah.

Sebab tu kita boleh blogging semula hehe.
Aritu up kat whatsapp stories pasal blog ni, ramai juga yg pm tanya nama blog. Sebenarnya segan kalau orang baca. Dulu2 zaman muda iye lah tulis blog nak org rmai baca. Sekarang rasa mcm i write just for myself. Tapi ok jela sekali sekala ada org baca kan.

Minta maaf ai takde skill menulis pun.
Semuanya hentam sajalah. Huhu

Tuesday, March 27, 2018

Birthday abah

Pada 25 march 2018 yang lalu, hari ahad, abah genap 68 tahun alhamdulillah.
Sempena birthday abah, along (kakak sulung saya) organize majlis mkn2 sikit. Majlis start pukul 12, kitorang sampai dari shah alam pukul 11 lebih haha. Kira ok la kan kitorang yg tolong beli hadiah n cake, ekeke.. Semua tong2 je. Along jemput pakcik2 makcik2, tapi tak ramai yg datang. Ramai yg ada hal.

Makanan sedap alhamdulillah, dan banyak..!
Kalau saya belum gemuk, nescaya saya boleh makan lebih byk 😝 sbb kesian juga makanan tu. Tapi tak la banyak bazir, kitorang bawak balik rumah masing2 dan dah bagi jiran2.

Pakcik makcik cousins wish abah kat whatapp group family besar abah balas semua. Kitorang adik beradik wish kat group family kitorang, abah tak balas. Abah memang mcm tu tiap tahun, control macho😝😝
Saya pm abah pun abah tak balas.

Masa majlis, nak serve birthday cake, nak ambil gambar, nak nyanyi ke, semua abah kata tak payah la tak payah. Masa buka hadiah, abah tak pakai baju pun haha.

Semoga abah happy..!

Happy 68th birthday abah.

Thanks for being a wonderful father for us.
Thanks for being a good father even on days i failed to be a good daughter.😭
Thanks ure an amazing datok for all your cucus.
Thanks for your love, care, support and duas for all of us, anak2 n cucu2 abah.

Semoga abah sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dan dikurniakan usia yg berkat.
Semoga Allah kurniakan abah kesihatan yg baik dan kehidupan yang bahagia.
Semoga Allah kurniakan abah segala kebaikan dunia akhirat.
Amin ya robbal 'alamin.

_abah yang dulu garang yet caring, protective, funny, motivating, sekarang dah tak garang hehe.
_i miss those days abah n mak datang smaplabu lawat almost every-twoweeks. After a few years, adik got married😭
Thanks abah for giving khairi your trust, no regrets. Thanks for accepting him as your own son and treat him with respect, comfort and kindness.
_i wish i could give back to u more n more.

Monday, March 19, 2018

Taksub dengan manusia

Ada segelintir orang, tetap sokong manusia yang dia taksub

walaupun manusia tu salah.
Walaupun manusia tu melakukan sesuatu yang menyalahi etika kemanusiaan.
Walaupun manusia tu tidak berlaku adil.
Walaupun manusia tu cakap sesuatu yg tak benar.
Walaupun manusia tu menuduh atau bersangka buruk terhadap insan lain.
Walaupun manusia tu buat perkara yg boleh timbulkan fitnah.

Fahamlah aku kiranya orang tu nak bersangka baik.
Tapi benda yg jelas salah, bukan ke Islam suruh betulkan dgn usaha?

Fahamlah aku kalau nak biarkan demi jaga hubungan, tapi Islam suruh kita bantu yang tak betul supaya kita bertemu di syurga sama2, biiznillah.
Mufti Menk pun kata u have to try to correct that person if u really love him/her, if u wanna meet the same person in Jannah.

Fahamlah aku kalau nak hormat atas faktor usia atau pangkat, tapi sedar tak bila kita membenarkan, buat dia terus rasa dia betul dan dia akan teruskan discard those people yg disagree dengan dia.

Aku ni belajar tak tinggi mana, ijazah bidang biasa2 je, kerja pun tak, bukan ustazah,
tapi aku berpegang lagi kot pada etika2 kemanusiaan, cuba untuk build up empathy n sympathy dalam diri, dan tahu bila aku patut agree dan bila yang aku  patut disagree.

Hidup ni kita bukan untuk benci manusia, tapi benci perkara yg salah.
Aku ni nampak seperti pembenci ke?

Aku membenci atau aku dibenci?
Aku menyakiti atau aku disakiti?
Aku meminggir atau aku dipinggir?
Aku menghina atau aku dihina?

Adakah aku yang bertindak pelik?
Adakah perlu biarkan yg jelik?
Dan tak perlu bangkitkan yang baik?
Adakah dunia sudah terbalik?

Mari makan kek, sambil ketawa terkekek2.

Tengok title semula, oh itu bukan taksub, yes pardon me.
Please feel free to name me the correct word, Sir. Thanks sir.

Thanks evelibodi.
Thanks evelione evelitwo evelithree four five six.